BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 28, 2011

My 1st touch: Make Over?

Salam semua..:)

Dah lamakan saya tak update entry dekat blog saya ni..
Semalam tetiba saya rase nak main makeup-makeup..
Masa undergrade dulu selalu jugakla makeup dinner untuk housemate..
Hehehe..Tapi taklah sehebat MUA/ Mak Andam di luar sana..
Banyak lagi yang perlu dipelajari..
Berangan jugak ni nak pergi kelas makeup..
Anda setuju tak?
Hehehe..

Jeng Jeng Jeng...

Jangan terkejut tau sebab tak cantik mana pun..hahaha;D



Kan dah cakap..Biase-biase ajekan..
Gambar mungkin lighting terlebih oleh flash..hoho;p

Tapi saya mendapat tugas untuk makeup housemate (Kak Julia) nikah ni..
Huhu..Gerun plak rase..

Wish me luck okey!!

Thursday, February 17, 2011

SENAMAN: Memejal dan mencantikkan bentuk pinggul

Hai PEMBACA yang dikasihi sekalian..

Hari ini saya nak share pula senaman untuk memejal dan mencantikkan bentuk pinggul anda. Senamannya mudah sahaja.

1) Berdiri tegak dengan merenggangkan kaki anda 6-8 inchi.

2) Luruskan kedua belah tangan anda ke atas dan pastikan kedua tapak tangan anda bersentuhan.

3) Turunkan badan anda perlahan-lahan seperti membuat kekuda. Pastikan posture badan anda tegak menghadap ke hadapan.

4) Cuba bertahan dalam kiraan 10 dan ulang sebanyak 2o kali.


Lakukan seperti gambar di bawah.


InsyaAllah amalkan setiap pagi dan sebelum tidur.

SELAMAT BERAMAL...;)


Wednesday, February 16, 2011

PETUA: Mengempiskan perut


Salam pembaca sekalian..

Okey..Harini saya nak share petua bagaimana untuk mengempiskan perut dengan amalan tradisional..

Bahan-bahan: Kapur sireh & limau nipis

Cara-caranya: Campurkan sedikit perahan limau nipis ke dalam kapur sireh. Kacau hingga sebati. Sapu dan ratakan di sekitar perut anda. Amalkan setiap malam sebelum tidur. InsyaAllah. Lemak-lemak yang mengada di bahagian perut anda tu akan pecah dengan selamat. Hehe..


P/S: Senaman sit-up juga penting untuk memejalkan otot-otot di bahagian perut anda:)

PERUT IDAMAN:)
Haha..


Am I look good in RED?


That was my first time wearing RED shawl...


Do I look OKEY with that??



Ngeee...:)



Friday, February 11, 2011

NEXT???


We Next????


InsyaAllah..Doakan kebahagiaan kami juga yea..;)

My Deng Selamat Diijabkabul



Alhamdulillah syukur ke hadrat Mu Ya Allah..Dengan segala kemudahan yang Kau berikan telah memudahkan urusan sahabat sejatiku Nur Masitah melangsungkan majlis perkahwinannya bersama jejaka pilihannya iaitu Mohd Nazirul Mubin pada 29 & 30 Januari 2011. Mendoakan semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat.



Sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada malam 29.01.11



Dari mata turunnya ke hati
Nur Masitah & Nazirul Mubin



Berbahagia hingga ke akhirat kelak..Ameen..



Kami tumpang bahagia di hari yang penuh bermakna bagi kalian:)




Semoga pasangan ini sentiasa dirahmati dan diberkati Allah serta dilimpahkan rezeki yang berterusan..

Ameen..