BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 21, 2011

Vacation part 1: BANDUNG

Salam sejahtera(=


Baru sekarang saya ada mood dan masa untuk menceritakan perjalanan saya ke Bandung dan Jakarta. Sepanjang saya di sana hati saya sangat gembira dan sentiasa tersenyum riang kerana perjalanan kami (alhamdulillah) sangat smooth dengan melawat pelbagai tempat menarik dan shopping sakan ( tapi masih tak puas)..hehe...

Okey..Saya akan ceritakan perjalanan saya di sana melalui gambar-gambar di bawah. Senang sikit nak gambarkan suasana kat sana kan? hehe..

Hari pertama (13 oktober 2011). Setibanya saya, Saira dan Nadia di airport Bandung, kawannya saira iaitu Ferdi, Mas Dika serta 2 orang lagi teman mereka menjemput kami memandangkan mereka ada urusan di airport Bandung pada hari itu. Sebenarnya mereka bekerja di airport Jakarta sebagai pegawai di bahagian admin. Memandangkan kami sampai di sana malam around 830pm (waktu Msia 930), jadi mereka bawa kami makan malam di restoran puncak bukit (Siera's Restaurant). Suhunya sangat dingin.


Saya telah memilih menu Nasi Bali dan hot chocolate. Nasi Bali sangat sedap dan menyelerakan seperti gambar di atas(;

Then, kami dihantar ke rumah sahabat yang merupakan pelajar pHD USM dari Universitas Padjajaran, bandung. Beliau merupakan seorang pensyarah di universiti tersebut. Kami menginap di sana memandang adanya isteri dan anak-anak beliau.


Inilah rumah beliau(;

Hari kedua (14 oktober 2011, Jumaat). Kami ke gunung berapi (Tangkuban Parahu). Gunung berapi tersebut masih aktif tapi cuma pada tahap pertama.

Kat belakang kami tu adalah kawah gunung berapi tersebut dan masih berasap-asap.


Then, semasa turun dari gunung berapi tersebut kami singgah bergambar di ladang teh. Terdapat banyak juga kebun strawberry disepanjang kawasan tersebut. Bandung ni sejuk ala-ala Cameron Highland.

Kami ke factory outlets pula di area Jalan Dago. Barang2 memang murah. Kat area sini banyaklah jual barangan branded dan jeans. Sebelum ke sini kami dah lunch di kaki bukit gunung berapi tadi.



Ini Rumah Mode (sebutan mo-de). Tempat shopping ni memang sangat famous dan rata-rata rakyat Msia lah yang datang kat sini.

Heritage pun sama. Banyak jual barangan branded. T-shirt, blaus, jeans dan macam-macam lagi ada kat sini.


Akhir sekali kami pun isi perut dengan makan bakso. Seriously bakso ni sangat-sangat sedap!! Yang menariknya gerainya tepi jalan dan pelanggan yg datang makan dalam kereta. Termasuklah kami. Hehehe..


Hari ketiga (15 oktober 2011, Sabtu). Setelah breakfast bubur ayam di rumah kami terus ke Pasar Baru. Tempat shopping yg paling heaven sekali. Memang shopping sakan sampai pening nak convert matawang setiap kali beli barang. Hahaha. Kat sini jual pelbagai jenis kain pasang, kebaya, telekung, tudung, lace, sourvenir, makeup dan macam-macamlah..Penat tau sebab ada 5 tingkat.

Muka kepenatan..

Okey. setelah penat kami lunch di foodcourt tingkat atas sekali. Saya memilih pecel ayam dan teh (free). Kat Indonesia kalau kita makan boleh dapat teh panas free tau. Memang best!

Nyum2!

Setelah kenyang buat checklist dan update atucara. hahaha. Muka tekun;p

Sebelum pulang, kami sempat singgah bergambar di Universitas Padjajaran Bandung.

Sebelah malamnya pula kami dinner di Cafe Bali. Makanan kat sini semua best! Menyediakan makanan jenis asia + barat.

Ok. Walaupun hari pertama dah makan tapi masih nak cuba lagi. Nasi Campur Bali. Menunya lain sedikit. Memang menjilat jari + jus strawberry.

Sempat berpossing dengan anak Pak Mokhtar.

Hari keempat (16 oktober 2011, Ahad). Kami berjalan ke Garut pula. Tempatnya sangat jauh dan terletak jauh dipedalaman Bandung. Tetapi saya sangat teruja kerana pemandangan sepanjang jalan sangat cantik dengan bukit bukau yg menghijau dan padi bukit menjadi penghias sepanjang jalan tersebut. Kami juga ada melihat gunung berapi yang pernah meletus pada tahun 2001. Masih terdapat kesan di gunung tersebut kerana tiada pokok yang tumbuh di lereng gunung tersebut.


Ini padi biasa ditanam dikawasan tanah pamah.


Kemudian kami singgah di Mulih Desa. Tempat menginap yang sangat cantik dengan suasana kampung. Nyaman sungguh. Kami singgah minum petang.

Hehe..possing dulu;)

Okey. Sekarang kami terus ke pusat jualan barangan kulit. Khas di Garut. Sangat murah!

Kat kawasan Garut ni memang pengangkutan awam yang utama adalah kereta kuda selain ojet (motor)
.
Jom pekena rujak asinan. Best tau!

Nyum nyum!


Pastu pekana Es Goyobod plak. Macam ala-ala ABC kalau kat Malaysia. Tapi Es goyobod ni special sebab ais nya di parut dan dicampur buah-buahan segar sperti strawberi + avacado.

Petang tu kami ke Tirtagangga Kolam Air Panas. Asli dari bawah tanah dan berhampiran gunung berapi yang meletus tahun 2001 tersebut.





Sangat panas. Suhu dia adalah kot dalam 50 darjah celcius. Saya tak mandi just rendam kaki je.


Okey. Setelah kepenatan kami pulang dan terus pergi beli tiket bas ke Jakarta dan akan ke Jakarta jam 430am waktu Indonesia. Nanti saya akan cerita pengembaraan ke Jakarta pula. Hanya 2 hari di sana. Tapi sangat menyeronokkan:)