BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 19, 2011

Alhamdulillah...

Syukur ke hadrat Mu Ya Allah..
Kau limpahkan rezeki dan berikan kemudahan kepada hambaMu ini..


Tahun 2011 akan membawa sinar kebahagiaan dalam hidup saya..
Membuat saya tersenyum girang dan lebih bersyukur kepada Yang Maha Esa..
Alhamdulillah..
Saya akan terus pertingkatkan kualiti saya sebagai hambaNya, sebagai seorang anak dan insan di atas muka bumi nan indah ini..

Terus bersyukur dan sentiasa berdoa, usaha, ikhlas dan tawakal..



Sunday, January 16, 2011

Saat Yang Bahagia


Hai si cantik dan si kacak sekalian...
Pembuka ayat pun dah boleh nampak hati sedang berbunga-bunga chenta..
Hehehe..:)

Bersyukur sangat kepada Allah kerana memberikan kebahagiaan dalam hubungan kami..
Jika niat kita ikhlas dalam sesuatu hubungan itu dan pasti kita akan dihadiahkan dengan kebahagiaan dan perasaan yang penuh dengan bunga-bunga cinta..
Chewah..Hahaha..Jiwang pulak saya ni kan:)

Saya cuma nak share perasaan bahagia saya:)

Terima-kasih to my dear love Mohd Ashraf Mustaqim kerana meluangkan masa yang sebaiknya bersama-sama..

We had a great time together along this week..
Thanks my love..I'm very happy:)
We share love, stories, jokes and everything together..
Will be miss you...
xoxo;)

1..

2..

3..

4..

5..

END...

Tuesday, January 11, 2011

NO TITLE for this entry:)



Hai kawan-kawan..
Tak tahu nak bagi tajuk apa for this entry..
Just rasa nak update sebab TARIKH HARI INI SANGAT CUN!!

11.1.11

Huhu..

Dan sengaja nak selit gambar ni untuk tontonan umum..

MEMPERKENALKAN......



CIK KUKU with ME..


CIK CIYA with ME..




THE END:)

Monday, January 10, 2011

Ronasutra Mineral Powder Sangat Berkesan!

Salam ceria kawan-kawan sekalian..

Di sini saya nak share tentang Ronasutra Mineral Powder dengan anda semua:) Pada mulanya saya hanya melihat iklan bedak ini dalam Majalah Wanita memandangkan saya pembaca majalah tersebut. Setelah banyak testimoni yang sangat positif dalam majalah tersebut dan ia mula menarik minat saya untuk berkenalan dengan bedak ini. Jom tengok keberkesanannya!

Ini dia. Bagi kulit muka saya, saya telah memilih warna Sawo Yellow Kod 02..

Pada hari pertama saya memakainya, saya rasa sangat teruja dengan kehalusan dan wajah saya kelihatan lebih berseri seperti memakai foundation. Bedak ini merupakan bedak 3 in 1 kerana berupaya bertindak sebagai concealer, foundation dan bedak. Sangat menakjubkan dan jimat masa serta wang!

Cara pemakaiannya, anda boleh mengenakan moisturizer terlebih dahulu atau hanya membasahkan muka dengan air. Kemudian calitkan bedak yang berbentuk powder tadi dengan menggunakan span muka. Selepas itu ratakan ke seluruh wajah anda. Lagi cantik jika disapu 2 lapisan dan segala parut jerawat dimuka dapat disorokkan. Amazing! Then, anda bolehla mengenakan makeup mengikut citarasa anda:)

Antara wajah yang telah dikenakan dengan bedak Ronasutra:




Walaupun berada di bawah matahari yang sangat terik dan panas, muka masih lagi berseri tanpa berpeluh sedangkan muka saya adalah oily skin.



Harganya hanya RM48. Sangat berpatutan kerana anda tidak lagi perlu membeli concealer untuk menutup jerawat dan foundation:)

Friday, January 7, 2011

S.E.N.Y.U.M

Hai kawan-kawan. Semoga hari ini lebih bermakna dan membuat anda sentiasa ceria. Yang penting SENYUM. Hehe..Kawan-kawan tau tak? Setiap kali saya dengar lagu ni dalam kereta saya pasti tersenyum. Macam kera sumbang dah. Hehe. Lagu ni selalu dimainkan di stesen radio HOT FM. Promote okey. Nak tau lagu ape? Ini dia:

Lirik Lagu Senyum – Malique & Najwa

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

VerseKacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkitBila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa


Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan NurhalizaDitertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awanDengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang VerseUlang Chorus
Ulang Verse

Lepas ini kawan-kawan semua pasti akan tersenyum macam ni:



Kan manis tu..heee..

Cutenya..Nak kucing ni..


Opps..dia tak gosok gigi..hilang manis..hihi..


Contoh terbaik..Penuh dengan expression muka..hehehe..

Thursday, January 6, 2011

I MISS THIS GUY


PLEASE HELP ME TO FIND THIS GUY.

IT'S BECAUSE...


I MISS HIM SO MUCH!!!!

;)

Tuesday, January 4, 2011

WELCOME 2011

Salam pembuka bicara..

Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita masih diberikan nafas untuk terus hidup di atas muka bumi Allah swt ini. Tahun 2011 bakal memberikan lembaran baru kepada sesiapa sahaja dan terus berazam bagi mengecapi sesuatu yang bermakna dalam kehidupan mereka.

Tahun 2011 (9 februari) genap umur saya mencecah 25 tahun. Alhamdulillah sudah hampir 25 saya hidup di atas muka bumi ini. Banyak pengalaman yang saya tempuhi dari kecil hinggalah dewasa dan setiap pengalaman itu saya jadikan sebagai sumber kematangan diri saya. Apa yang baik saya jadikan tauladan dan apa yang buruk saya jadikan sempadan dalam hidup ini.

Azam tahun baru?? Setiap orang pasti akan berazam apabila masuknya tahun baru. Tetapi lumrahnya hanya awal tahun je yang bersemangat untuk mengejar azam tersebut then bila dah nak sampai senja semua hilang tekad untuk mengecapi azam tersebut. Mana boleh macam tu kan? Hehe.

Azam saya sentiasa ingin meng'upgrade'kan diri saya kepada yang lebih baik dalam semua aspek berbanding pada tahun sebelumnya. Target saya:

1) Menghabiskan research Master saya dalam tahun ini. Wah..Rasa macam mimpikan dapat Master semuda umur 25 tahun. Syukur ke hadrat-Mu Ya Allah.

2) Mengumpul duit dan menjadi lebih senang. Saya akan berusaha lebih gigih. Yakin pada diri bahawa Usaha Tangga Kejayaan:)

3) Membuat Emak dan Abah sentiasa happy dengan kejayaan dan kehidupan anaknya. Jika ada rezeki dan diizinkan Allah, nak bawa Emak dan Abah pergi makan angin. InsyaAllah.

4) Ehem Ehem. InsyaAllah jika dipermudahkan olehNya, saya sebagai hambaNya ingin melangkah ke satu level dalam perhubungan yang diredhai Allah. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Amin.

5) Sebenarnya ini yang paling utama. Ingin meng'upgrade'kan diri sebagai hamba Allah yang lebih bertaqwa dan mendekatkan diri pada-Nya. Amin.


(Sentiasa Berdoa)

*Di sini saya selitkan wajah baru 2011..hehe*

WANITA + CANTIK + SIHAT + FASHION + STYLE = Perlu Ada Dalam Diri!!



LOVE TO BE ME:)