BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 24, 2009

Maafkan Saya

Kawan-kawan yang dikasihi sekalian..
Setiap blog yang dikarang oleh nurul zaadah bukan untuk meminta simpati sesiapa..
Kadang-kadang kita sebagai manusia memang banyak melakukan kesilapan..
Luahan-luahan sebegini sedikit sebanyak dapat menginsafkan kita semua supaya dekatkan diri kita pada Yang Maha Esa..
Tidak berniat sedikit pun saya untuk menyalahkan sesiapa atau mengecilkan hati sesiapa..

Kawan-kawan yang saya hormati..
Kita tidak berhak menuding jari pada sesiapa..
Sebaliknya kita menuding jari pada diri kita sendiri..
Dan kita perlu ingat..
Setiap apa yang berlaku terhadap diri kita ini adalah ketentuan Ilahi..
Dan semua yang terjadi ada hikmah untuk diri kita..
Ingatan untuk semua..
Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui..

Wednesday, April 22, 2009

Ya Allah..
kuatkan hati dan iman hamba Mu ini..
hamba sangat sedih Ya Allah..
kadang2 hamba terfikir kenapa Kau tarik segala kebahagiaan yang pernah hamba kecapi..
kenapa dengan sekelip mata..
hamba dibuang begitu sahaja dari hatinya..
siapakah insan yang bertakhta dihatinya sekarang sampai tiada lagi tempat untuk hamba..
Ya Allah..
berilah kekuatan untuk hamba mengharungi semua ini ya Allah..
sembuhkanlah luka yang berdarah di dalam hati hamba ini..
bukalah sinar baru untuk kehidupan hamba seterusnya..
tolong hamba ya Allah..
kuatkan hati hamba ya Allah..
Ya Allah..
hamba sebagai manusia biasa yang lagi hina disisi Mu..
hamba tidak sesekali membenci hamba-hamba Mu yang lain..
Kau Maha Adil ya Allah..
hamba berserah kepada Mu untuk menentukan kehidupan hamba-hamba Mu..
sekarang ataupun pada masa hadapan..
Ya Allah..
walaupun hati hamba dilukai dan disakiti seperti ini..
hamba tidak pernah mendoakan keburukan untuknya..
malah hamba mendoakan agar dia bahagia bersama pilihan hidupnya..
hamba redha dengan semua ini..
hamba berharap ada hikmah yang akan Kau berikan kepada hamba..
Tolongla hamba ya Allah..
sembuhlah luka hamba ini dengan secepat mungkin..
pertemukanlah hamba dengan seseorang yang boleh buat hamba hidup bahagia dunia akhirat..
pertemukanlah jodoh yang baik buat hamba..
hamba pasti Kau telah tetapkan jodoh yang tebaik buat diri hamba..
Amin....

------------------------------------------------------

Kawan-kawan yang dikasihi sekalian..
Fahamilah perasaan dan hati setiap insan yang hidup di atas muka bumi ini..
Hargailah setiap perhubungan yang sedang atau telah anda bina..
Serikanlah hubungan anda dengan kasih sayang yang diredhai Allah..


Lelaki..
Jangan anda permainkan sedikit pun perasaan perempuan..
Fahamilah wahai lelaki..
Hati perempuan halus sehalus baldu..
Tercalar sedikit menangislah dia..
Bukan tanda manja atau pun tidak tegar..
Cuma kesakitan mula terasa..
Biarlah dia menangis untuk luahkan segala..
Fahamilah perasaan perempuan untuk seketika..

Perempuan..
Kita bertuah memiliki hati nurani yang halus lagi suci..
Inilah senjata untuk menambat hati lelaki..
Lelaki melengkapkan kebahagian kita..
Tetapi..
Jangan disemai cinta yang tidak diredhai Allah..
Allah murka..
Walaupun kita sentiasa terasa teraniaya..
Cuma segelintir sahaja..
Kuatkanlah hatimu menempuh semua ini..
Bersabarlah..
Allah menjanjikan yang terbaik buat kita..
Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman..
Sebagai perempuan..
Sabar juga merupakan senjata untuk kite mengecapi kebahagiaan untuk masa akan datang..
Percayalah..Walaupun pahit untuk ditelan..
Berkat kesabaran akan membuat kita tersenyum indah menjalani sisa hidup yang masih berbaki..



Hati nurani: nurul zaadah binti juhari

Sunday, April 19, 2009

weekend yang harmoni;)


my hot stuff for this week

OMG!!!!last saturday i bought hot stuff from CarloRino and Applemints..huhu..but im not a shopaholic..please change ur mind if u just think bout it..hehe..murah-murah..mari beli..50% less..arghh..jiwa ku tertekan dan meronta-ronta bila terlihat dat sign..1st ingat nk usha-usha..sekali terpaut di hati..dah jatuh cinta so grab jela..hehe..

First..red ladies shoes from CarloRino..im so excited and fall in love to this shoes..hehe..ingat boleh jatuh cinta dekat orang je ke..dekat barang pun boleh tau..hikhik..
*mas..jangan marah ye i curi ur favourate color..hehe*

Second..nice,hot and sexy ladies jeans..hahaha..i love it..from applemints..please look at picture above..see..just nice..hehe..

Yang tak boleh handle sunday terus rasmi..haha..pegi Queensbay sambil melayan Fast&Furious..syok jugak..orang belanja beb..rezeki jangan ditolak..hihi..

To masm0na: dont forget to leave your comment about this hot stuff;)
To lattesha@shopaholic: you too..dont forget to upload your hot handbag when u got it;)

Saturday, April 18, 2009

KETULUSAN DOA DARI HATI NURANI KU

Ya ALLAH..
Hamba Mu bersyukur kerana hamba ditetapkan sehingga berjaya di tahap ini..Semakin tinggi tahap ini semakin kudus dan hina hamba di sisi Mu..


Ya ALLAH..
Ampunkanla segala dosa2 dan segala kesilapan yang hamba lakukan sepanjang hidup hamba ini..
Dan Kau ampunkanlah setiap dosa ibubapa hamba dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani hamba sejak hamba dilahirkan di atas muka bumi nan indah ini..Ampunkan juga dosa adik-beradik hamba, guru-guru/pensyarah2, kawan-kawan dan seluruh umat islam yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..


Ya ALLAH..
Hamba tahu bahawa hidup di dunia ini tidak selalunya indah..
Kau uji hamba-hamba Mu dengan pelbagai ujian dan dugaan supaya mereka tabah untuk menempuhnya dan akan kembali untuk mengingati dan merujuk kepada Mu..
Hamba terima setiap dugaan yang Kau berikan walaupun sungguh pahit untuk hamba redah dan lalui setiap dugaan itu..


Ya ALLAH..
Hamba hanya berserah dan bertawakal kepada Mu..
Hamba berharap ada sinar kebahagiaan dalam hidup hamba untuk satu hari nanti..
Hamba yang lemah ini hanya mampu berdoa kepada Mu..
Seikhlas hati hamba, hamba tidak membenci kepada sesiapa yang membuat kesalahan atau yang telah membuat hati hamba terluka..
Hamba memaafkan setiap insan di muka bumi ini dengan seikhlas hati hamba..
Malah hamba mendoakan kebahagiaan untuk mereka..


Ya ALLAH..
Kau permudahkanlah perjalanan hidup hamba ini..
Tunjukkanlah hamba kepada jalan yang lurus..
Dapatlah hamba membalas jasa emak, abah dan keluarga hamba pada suatu hari nanti..

Amin...

Friday, April 17, 2009

l.o.v.e s.t.o.r.y




"Love Story"

We were both young, when I first saw you.
I close my eyes and the flashback starts-
I'm standing there, on a balcony in summer air.

I see the lights; see the party, the ball gowns.
I see you make your way through the crowd-
You say hello, little did I know...

That you were Romeo, you were throwing pebbles-
And my daddy said "stay away from Juliet"-
And I was crying on the staircase-
begging you, "Please don't go..."
And I said...

Romeo take me somewhere, we can be alone.
I'll be waiting; all there's left to do is run.
You'll be the prince and I'll be the princess,
It's a love story, baby, just say yes.

So I sneak out to the garden to see you.
We keep quiet, because we're dead if they knew-
So close your eyes... escape this town for a little while.
Oh, Oh.

Cause you were Romeo - I was a scarlet letter,
And my daddy said "stay away from Juliet" -
but you were everything to me-
I was begging you, "Please don't go"
And I said...

Romeo take me somewhere, we can be alone.
I'll be waiting; all there's left to do is run.
You'll be the prince and I'll be the princess.
It's a love story, baby, just say yes-

Romeo save me, they're trying to tell me how to feel.
This love is difficult, but it's real.
Don't be afraid, we'll make it out of this mess.
It's a love story, baby, just say yes.
Oh, Oh.

I got tired of waiting.
Wondering if you were ever coming around.
My faith in you was fading-
When I met you on the outskirts of town.
And I said...

Romeo save me, I've been feeling so alone.
I keep waiting, for you but you never come.
Is this in my head, I don't know what to think-
He knelt to the ground and pulled out a ring and said...

Marry me Juliet, you'll never have to be alone.
I love you, and that's all I really know.
I talked to your dad -- go pick out a white dress
It's a love story, baby just say... yes.
Oh, Oh, Oh, Oh, Oh.

'cause we were both young when I first saw you





Thursday, April 16, 2009

APRIL~n.e.w l.i.f.e

April dan orang lagi senang untuk sekadar memanggil bulan 4..Hidupku mula berubah..Aku bukan lagi berada di tanah kuantan yang indah permai especially Teluk Chempedak@TC..Wah syok tu lepak-lepak kat TC..Sambil menikmati view yang indah dengan deruan ombak memecah pantai (puitis la plak)..Tapi tak pecah-pecah pun pantai kat situ..hikhik..Cukuplah untuk aku mempromote kuantan..haha..Tetapi sekarang..Aku berada di sebuah pulau yang indah di kelilingi laut yang membiru (biru la sgt)..Pembangunan di sini memang membangun sekali dan KLCC klon pun ade tau..huhu..Pulau Pinang pulau mutiara..

i really miss this place;)

Kenapakah aku berada di sini???Owh..Aku masih bergelar student di kala umur sedang meningkat dewasa..haha..Rileksla..Baru 23..Muda lagi kan..Di sini aku menyambung master di bidang science of plant pathology..Aku buat research mengenai penyakit buah-buahan yang disebabkan oleh sejenis fungus yang bernama 'Colletotrichum'..uhu..Dengar macam complicated kan..Ini lah kerja aku yang dok melayan karenah fungus-fungus..

Kawan-kawanku yang tersayang di Kuantan sana..Aku tidak keseorangan..Di sini aku mempunyai ramai kenalan baru dan lama..Dan hidup aku ceria di sini walaupun pelbagai dugaan dengan masalah peribadi yang melibatkan hati dan perasaan..Walaupun hatiku telah tercalar aku tetap kuat untuk melangkah terus ke hadapan..Malah aku menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan hidup aku di sini..Ok stop..Aku dah tutup buku pasal ni..huhu..Walaupun aku di sini..Aku sentiasa merindui kawan-kawanku di Kuantan..Tak sabar nak melepak dengan diorang..Tunggu ya kawan-kawan terchenta ku;)

Okeyla..April is April..And its never to change..Memanglah..mane boleh nk tukar bulan 4 menjadi Februari..hikhik..