BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 23, 2009

Kenapa ada FITNAH??

Ya Allah..
Kenapa ada FITNAH??
Manusia menfitnah dan tidak tahukah mereka FITNAH itu
lagi besar dosanya dari MEMBUNUH..


Kenapa ada FITNAH??
Adakah mereka ingin menutup aib yang disebarkan??
Adakah mereka ingin menjatuhkan orang lain??
Adakah mereka tidak senang atas kesenangan orang lain??
Kenapa..kenapa dan terus kenapa..


Bila FITNAH tersebar..
Kenapa mereka menuduh tanpa bukti??
Kenapa tidak tanya kepada sumber yang menyebarkannya??
Kenapa perlu menuduh orang yang tidak tahu menahu??
Mencari kesalahan orang lain tanpa bukti
atau erti lain menuduh dan boleh dierti sebagai menFITNAH..


Apa yang pasti DIA di atas sana lebih mengetahui..


KEHIDUPAN...

Kehidupan kita ibarat roda..
Kadang-kandang kita di atas..
Kadang-kadang kita di bawah..
Kadang-kadang kita gagal..
Tapi kita akan berjaya selepas kegagalan..InsyaAllah..
Kadang-kadang kita bahagia..
Tapi sampai manakah kebahagiaan kita itu jika tidak disemai keimanan..
Kadang-kadang kita di uji pelbagai dugaan..
Berkat ketabahan kita bangkit dari ujian dan dugaan itu..

Seseorang telah membuka ruang pemikiranku..
Ya..terima kasih untuk dia..
Berjaya..Semua orang ingin berjaya..
Tiada orang hidup tanpa impian..
Kita semua ada impian..
Bagaimana kita ingin mengejar impian tu..
Ya kita boleh kejar impian itu dengan DOA, USAHA, IKHLAS, TAWAKAL..
Ya sangat setuju..

DUIT..
Duit memang segala-galanya..
Manusia boleh berubah kerana duit..
Duit mengaburi mata manusia..
Sampai sanggup merompak dan membunuh..
Kenapa..kenapa dan kenapa sampai begitu???
Kerana mereka mengejar duit..itu jawapannya..
Mereka kejar dan terus kejar sedangkan duit terus berlari..
Mereka tidak dapat mencapainya..
Malah guna shortcut untuk mendapatkannya..
Sehingga sanggup menggadaikan keimanan diri..
SALAH!!!!Memang SALAH!!!

IMPIAN..
Kita semua ada impian..
Impian untuk berjaya, kaya, berkeluarga dan sebagainya..
Semua itu memerlukan DUIT..
Nak berjaya masuk universiti perlukan DUIT..
Nak kaya of course kena ada DUIT..
Nak berkeluarga pun memang perlu DUIT..
Nak bahagia pun perlukan DUIT..
95% punca perceraian adalah datangnya dari masalah kewangan..
Jadi..jangan kejar DUIT tapi kejarlah IMPIAN untuk mendapatkan DUIT..
IMPIAN tidak pernah lari kerana ianya dalam HATI tetapi DUIT akan terus berlari..
Cuma usaha yang bagaimana kita perlu untuk mendapatkan IMPIAN itu..
Hmmm..Complicated pula bunyinya..

Tiba-tiba....
Bercerita tentang kehidupan ianya beralih ke topik lain pula...

Seseorang didepan mata berpesan:

"z..lelaki bukan seorang..i pun lelaki, kami lelaki..klu u nk dapat lelaki yang HEBAT..u kena HEBAT juga..ramai je lelaki yang hebat..i pun HEBAT..haha"

Dalam hati: "tak cukup HEBAT ke aku skang??Hahahaha" aku gelak besar..

Seronok dapat berbicara tentang kehidupan dan macam-macam lagi..Hari itu pulang dengan penuh ilmu KEHIDUPAN..

Wah..dah lewat ni..Jom balik!!
Meninggalkan Kayu Nasi Kandar tempat lepak pilihan:)

Tuesday, May 5, 2009

riang - ria bersama kami


seronok, seronok, seronok.....
bahagia, bahagia, bahagia.....



hanya ungkapan itu yang mampu ku sebut;)
pengembalian ku di tanah kuantan buat 3 hari adalah memori yang paling bermakna..
kami bbq, karaoke, lepaking bersama-sama x-smart yg sememangnye best..




--------------------------------------------------------------------------


2nd may 2009, pantai teruntum

bbq, bersantai, bergambar n berborak..












-----------------------------------------------------------------------------

2nd may 2009, MU karaoke at nite





kami nyanyi sepuas hati..
sangat seronok..
berduet berdangdut n macam-macam lagi..


------------------------------------------------------------------------------

3rd may 2009, coffee street

lepak, minum n borak;)




-----------------------------------------------------------------------------




pasti rindu pada kamu semua....