BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 28, 2010

Fashion and Style



The difference between fashion and style is QUALITY..
Q:Do you agree??
A:YES!!I'm totally agree with this statement!


We are shaped and fashioned by what we love:)


p/s: BE A BEAUTIFUL WOMAN ~OUTSIDE and INSIDE

Saturday, October 30, 2010

Bila Rasa Gembira


LOVE to be NURULZAADAH

CHEER:HAPPY:IN LOVE

Friday, October 22, 2010

SEMOGA CHENTA CEPAT SEMBUH


Pagi tadi saya terjaga pukul 6.30am..Rutin setiap kali bangun saya akan periksa HP saya..Dapat 1 message..Saya buka dan message tersebut dalam bentuk MMS..Daripada mychenta ashraf..Saya sangat terkejut..Gambar yang di hantar adalah gambar tangannya yang dicucuk untuk dimasukkan air..Terus saya terlintas bahawa dia pasti di hospital..Saya dengan segera menghubunginya tetapi sedihnya tak dapat..Beberapa kali saya call dan masih juga tak dapat dihubungi..Pasti baterinya habis..Saya menghantarnya beberapa message supaya dia terima apabila dia on HP..Saya buka FB tengok dia check in melalui foursquare bahawa dia sedang berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang..Saya bertambah risau..T___T



Kerisauan dalam hati saya ini hanya Tuhan sahaja yang tahu..Semalam dia ada mengadu pada saya yang dia susah nak tidur sebab susah untuk bernafas..Saya cakap mungkin ada kahak..Dia cakap dah cuba buang tapi takde..Saya risau juga dan nasihatkan dia supaya segera berhenti merokok..Takut itu adalah penyebab utama! Tapi masih belum tahu apa sakitnya sekarang..Saya hanya berdoa supaya cinta hati saya sembuh dengan segera dan tiada apa yang memudaratkan kesihatannya..Amin..Saya cinta sangat2 dekat awak..Saya nak awak sentiasa sihat berada disamping saya..

Thursday, October 21, 2010

merindu

Lamanya saya tak update blog..Sometimes tak tahu apa yang perlu dituliskan..Sebab kisah hidup dan hari-hari yang dilalui tak pernah kosong..Okey..Saya hanya nak beritahu yang saya masih sihat, ceria dan muda (hee..dah 24 muda lagila kan)..Tapi apa kaitan dengan tajuk entry kali ini..MERINDU??

Secara jujurnya banyak perkara yang dirindui..PERTAMA: Saya rindu zaman kanak-kanak yang bermain pondok-pondok, kejar-kejar (sampai langgar pokok kelapa), main galah panjang dan macam-macam lagi sehingga membuat saya menjadi gelap..Hehe..
KEDUA: Saya rindu zaman persekolahan saya..Ada ramai kawan-kawan yang boleh dijumpa setiap hari..Seronok kan?
KETIGA: Saya rindu zaman belajar saya di universiti..Saya jumpa dan kenal ramai orang dari pelbagai negeri dan budaya..Sangat seronok..UNIMAS the best!! Pergi camping, hiking, travelling dan macam-macam lagi..Sarawak memang terbaik..Flora dan faunanya cukup memukau..Best best!! Semoga kita akan bertemu lagi sarawak!
KEEMPAT: Saya rindu Kuantan..Tempat tumpahnya darah saya di sana..Saya juga rindu dengan kawan-kawan di sana..Paling utama keluarga saya..Sentiasa dihati:)

Dan sebenarnya..Insan yang PALING DIRINDUI saat dan tika ini adalah kekasih hati saya Mohd Ashraf Mustaqim..Rindunya dengan u..Sejak kebelakangan saya asyik je cakap dekat housemate saya saira.."Saira, aku rindu dekat Ashraf la"..Pastu esok cakap lagi.."Saira, aku rasa rindu sangat dekat Ashraf ni"..Huhuu..Kesian Saira asyik nak dengar benda yang sama..Tapi dia sangat memahami apa yang saya rasa..Biasalakan orang dilamun cinta ni..Hehehe..Biarkan rindu ini sentiasa tersemat dihati..Cinta sangat kat u sayang:)



Thursday, August 12, 2010

Tirai Ramadhan Berlabuh Kini..

SALAM RAMADHAN..

SELAMAT BERPUASA
&
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH KEPADA ALLAH SWT..


YANG PASTI:
  • mari mengimarahkan masjid dengan solat sunat tarawih
  • mari membaca Al-Quran
  • mari perbanyakkan zikir kepada Allah swt
  • mari melakukan amalan-amalan yang mulia
INSYAALAH..
SEMOGA HATI SENTIASA TENANG DAN
MENDAPAT HIDAYAH SERTA RAHMAT DARI ALLAH SWT..


Saturday, August 7, 2010

Jika Aku Jatuh Cinta

Ya Allah..
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin..
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan Mu..

Ya Allah..
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku
tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMu..

Ya Allah..
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku
pada cinta hakiki
dan rindu abadi
hanya kepadaMu...

Amin...

-petikan: Mohd Kamaruaripin-

Friday, July 30, 2010

Saya inginkan........

Saya inginkan seseorang yang sentiasa ada dihati saya..

Saya inginkan seseorang yang memahami diri dan jiwa saya..

Saya inginkan seseorang yang memberi kebahagiaan pada saya..

Saya inginkan seseorang yang ambil berat pasal saya..

Saya inginkan seseorang yang boleh mendengar rintihan sanubari saya..

Saya inginkan seseorang yang menjadi pendengar setia..

Saya inginkan seseorang yang boleh menjadi penasihat utama saya..

Saya inginkan seseorang yang boleh membimbing saya..

Saya inginkan seseorang yang boleh membuat saya ketawa..

Saya inginkan seseorang yang boleh menghapus air mata saya..

Saya ingin dia hidup selamanya bersama saya hingga ke Syurga.....

Tuesday, July 27, 2010

Alahai Lelaki Yang Suka Melihat Perempuan Cantik

Sudah menjadi lumrah bahawa lelaki sangat tertarik kepada perkara atau benda yang indah-indah dan menarik untuk dipandang..Benda yang selalu lumrah dalam hidup mereka adalah melihat perempuan cantik..Ada juga yang tertarik dengan perempuan seksi..Aduhai kaum Adam yang seperti ini..Sedarkah? Sekali yang dilihat itu mungkin menjadi rezeki pandangan tetapi jika diturutkan nafsu penglihatan itu sudah menjadi DOSA..Sudah terang-terang perempuan itu dengan dosanya (nauzubillah) jangan pula ditambah untuk dosa sendiri wahai kaum Adam..Jadi, pernahkah berkira dalam hidup itu berapa banyak dosa yang terkumpul tanpa anda sedari..

Paling dasyat ada sesetangah lelaki tidak akan juga terlepas pandangannya untuk melihat dan menoleh kepalanya untuk melihat perempuan cantik WALAUPUN kekasih hatinya berada disisinya..Kesianlah kepada kaum Hawa yang sangat menjaga pandangannya serta menjaga kesetiaannya terhadap si lelaki tersebut..Cubalah untuk menjaga hati kekasih anda dan jangan dibiarkan si dia memakan hati dengan sikap anda..Paling utama berISTIGHFARlah lah jika terlintas perempuan cantik atau yang seksi di hadapan atau di tepi anda supaya kukuh iman di dada..Jika anda sudah menjadi habit begitu, cuba untuk berfikir sejenak, apakah perasaan anda jika kekasih anda juga begitu dengan suka melihat lelaki 'handsome'?? Jika anda tidak ingin ditakdirkan sekufu begitu ubahlah sikap anda supaya anda ditakdirkan dengan wanita yang bijak menjaga dirinya seperti anda bijak menjaga diri anda..Percayalah, ALLAH MAHA ADIL..


Wahai WANITA..Anda di anugerahkan keindahan dalam setiap inci fizikal anda..Bersyukurlah wahai kaum hawa..Tetapi ingat, anugerah itu bukan untuk disalah-gunakan..Bukan sebagai aset untuk menggoda kaum Adam..Cukuplah sekadar disimpan kepada siapa pemilik sah nya iaitu suaminya..Perempuan juga dianugerahkan dengan sikap lemah-lembut tetapi janganlah digunakan sebagai senjata untuk menggoda kaum Adam lagi..Runtuh imannya jika tidak dikawal..Jadilah WANITA yang baik agar anda akan dijodohkan dengan LELAKI yang baik..Jodoh itu di tangan Tuhan..Peliharalah sebaik mungkin demi kebahagiaan pada masa hadapan..

Salam...

Sunday, July 25, 2010

UBAT PENENANG JIWA

1. Ingatlah Allah dan dekati diri anda kepadaNya..Ingatlah, Allah menjadikan kita supaya kita sentiasa bersyukur dan dekatkan diri kita kepadaNya serta menunaikan segala perintahNya..Kerana segala yang baik atau tidak itu adalah ketentuan dariNya..

2. Banyakkan membaca Al-Quran..Al-Quran merupakan Kalam Allah..Percayalah..Ini apa yang saya lalui..Bila hati anda tidak tenteram tetapi anda tidak tahu apakah puncanya..Berwudhuk dan bacalah Al-Quran dalam keadaan yang tenang..InsyaAllah..Selepas itu anda akan rasa perasaan anda tenang setenangnya seperti air di kali..Dan anda mampu untuk tersenyum semula..

3. Banyakkan berzikir..Berzikirlah dengan penuh penghayatan supaya segala kekusutan itu hanya diganti dengan ketenangan..

4. Berkomunikasilah dengan ibu anda..Ibulah insan pertama yang hadir dalam sanubari kita dari kecil hinggalah dewasa..Ibulah tempat luahan segala..Ibulah yang terbaik bagi kita..Kata-kata ibu itu ibarat satu ubat penenang yang menusuk di jiwa kita..Secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibi dengan anak tanpa batasan..

5. Berkongsilah masalah dengan orang yang paling anda rapat dan yang anda percayai..Sudah pasti suami/isteri/kekasih anda yang pastinya menjadi tempat penenang jiwa..Jadikan mareka sahabat dan pendengar yang terbaik..Ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan dan mendekatkan hati anda kepada mereka..Bagi kekasih, mulai sekaranglah perlu belajar untuk berkongsi, berbincang dan menyelesaikan masalah bersama supaya kehidupan berumah-tangga pada akan datangnya akan menjadi lebih harmoni dan bahagia..

6. Sentiasalah ingat akan perkara-perkara yang membahagiakan anda yang mampu untuk membuat anda tersenyum..Mungkin kenangan-kenangan indah pada waktu dahulu..Cara ini secara tidak langsung dapat menghilang tekanan yang anda hadapi..Hati anda akan mulai lapang dan kembali bijak memikirkan cara penyelesaian segala masalah yang menimpa dengan mudah..

7. Membaca buku-buku yang minati..Anda dapat melarikan fikiran anda dari masalah yang menimpa dengan memberi fokus kepada pembacaan anda..Buku yang ingin saya sarankan adalah LA TAHZAN..Buku tersebut merupakan motivasi terbaik kepada anda dan penenang jiwa..Ini apa yang telah saya lalui..InsyaAllah..


~THE END~

Saturday, July 24, 2010

Kekasih biasa VS Kekasih Sejati

Kekasih biasa:
Selalu ingat senyum pada wajah kamu
Kekasih sejati:
Selalu ingat senyum dan tangis pada wajah kamu

Kekasih biasa:
Akan membawa makanan yang enak-enak
Kekasih sejati:
Akan menyediakan makanan yang kamu suka

Kekasih biasa:
Setiap detik selalu menunggu panggilan daripada kamu
Kekasih sejati:
Setiap detik akan selalu menghubungi kamu

Kekasih biasa:
Tidak suka dia menghubungi kamu ketika dia sedang tidur
Kekasih sejati:
Tidak kisah bia-bila, asalkan kamu menghubunginya

Kekasih biasa:
Selalu mendoakan kebahagiaan kamu
Kekasih sejati:
Selalu berusaha memberi kamu kebahagiaan

Kekasih biasa:
Mengharapkan kamu berubah demi dia
Kekasih sejati:
Dia sanggup berubah untuk kamu

Kekasih biasa:
Selalu memikirkan sebab perpisahan
Kekasih sejati:
Tidak sanggup berpisah dengan kamu

Kekasih biasa:
Melihat semua yang telah dia korbankan untuk kamu
Kekasih sejati:
Melihat semua yang telah kamu korbankan untuknya

Kekasih biasa:
Berfikir bahawa pertengkaran adalah pengakhiran buat segalanya
Kekasih sejati:
Berfikir, jika tidak pernah bertengkar itu bukan disebut cinta sejati

Kekasih biasa:
Selalu menyatakan kamulah yang selalu diimpikan selama ini
Kekasih sejati:
Akan sentiasa berhati-hati dalam perjanjian agar dia tidak ingin kamu kecewa

Kekasih biasa:
Selalu bertanya kenapa kamu selalu membuatnya sedih
Kekasih sejati:
Selalu bertanya pada diri sendiri apa yang membuatkan kamu sedih

Kekasih biasa:
Ingin kamu disamping menemani dia buat selamanya
Kekasih sejati:
Sentiasa mengharapkan dapat mendampingi kamu selamanya


PETIKAN: Majalah DARA

Friday, July 23, 2010

Rintihan Hati..

Ya Allah..
Dekatkanlah diriku dan hatiku pada Mu Ya Allah..
Aku berlindung dari Mu dari segala kesedihan dan kegundahan..

Amin..

Wednesday, July 14, 2010

jadilah wanita dan bukan perempuan

Assalamualaikum kepada pembaca yang sudi meluangkan masa membaca entri ini walaupun macam menarik untuk dikongsi tetapi menarikkah? hehe..Mari kita selami lebih mendalam lagi entri ini..

Adakah anda perasan atau nampak perbezaan antara perkataan WANITA dan PEREMPUAN??
Walaupun secara rawak maksudnya nampak sama tetapi banyak maksud tersiratnya di sebalik dua perkataan ini..
WANITA...lebih halus dan sopan bunyinya kan..PEREMPUAN..agak kasar bila digunakan..Jadi, pilihlah perkataan wanita untuk digelarkan pada diri anda dan bukannya perempuan..

Macam mana nak jadi seorang wanita? Seperti kita tahu, sebagai seorang yang bergelar wanita haruslah menjaga setiap tingkah lakunya, peribadinya, maruahnya, tutur bicaranya dan tindakannya dalam apa jua keadaan..Tetapi ada juga masalah orang cakap nak jadi hipokritlah tu..Kat luar punyalah lemah gemalai tetapi belakang orang dialah paling ganas..Hmm..Kita tak bolehlah nak 'judge' orang macam tu kan? Sekurang-kurang dia ada usaha untuk menjadi yang terbaik untuk dirinya..
Kepada wanita-wanita yang belum berkahwin..Ingatlah..Kita perlu berusaha dari sekarang bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang diredhai Allah dan yang disayangi dan dihormati si suami..Jangan terlalu ego dan meninggi diri..Belajar untuk rendahkan diri tetapi mesti bijak supaya tidak dipermainkan dan dipergunakan oleh kaum lelaki. Hmm..Lelaki pun mestilah belajar macam mana nak hargai kaum wanita kerana wanitalah yang bersusah-payah mengandungkan, melahirkan, menyusukan dan menjaga kita sehingga kita besar..Dan akan lalui benda yang sama untuk anak-anak kalian semua..

Okey..rasanya cukuplah nak membebel pada kali ini..Saya juga sentiasa menasihatkan dan mengingatkan diri saya untuk menjadi seorang WANITA yang solehah dan hidup diredhai Allah..



i love u all..

Monday, July 12, 2010

sedangkan pasir pantai sentiasa berubah..

Sangat terasa akan perubahan itu..
terasa..
terasa..
dan terus terasa..

Biarkan sahaja..
Sampai kapan daku tak tahu..

Mungkin..
Sampai lautan kering dan ianya takkan berubah lagi..



Sunday, July 11, 2010

L.O.V.E


THANK YOU SO MUCH FOR THIS LOVE!!!!!

^,^

Thursday, July 8, 2010

KESALAHAN pada hari ini...:(

Dari pagi tadi saya rasa sangat happy dan bersemangat membuat kerja di lab..Tak tau lah kenapa ada perasaan yang gembira tu..Hehehe;) Antara kerja yang saya buat tadi adalah:

1) Pathogenecity test

2) PCR for molecular determination

Dah selesai tu memang tengah excited lagi..Sampai masa nak tutup suis centrifuge TERTUTUP plak suis mechine PCR yang sedang di RUN oleh kak hasz...Huhuhu..T__T..Oleh kerana kecuaian saya hari ini kak hasz terpaksa RUN balik semula..IM SO SORRY KAK HASZ..T_T...Tapi nanti saya belanja kak hasz lunch okey..Hehehehe..

Motif: Jangan cuai semasa membuat kerja...^,^

Wednesday, July 7, 2010

Doa ku di pagi ini....

Ya Allah..
Aku memohon kepada Mu..
Berilah petunjuk kepadaku..
Hanya Kau yang Maha Mengetahui..
Aku mohon ketenangan di hati ini..

AMIN...

Monday, June 21, 2010

Ashraf's Family...

Terima kasih kepada Dr Rahimah, Ashraf & Syahidatul sekeluarga kerana membawa saya pergi berjalan di merata tempat..hehe;)

Khamis|17 june
Bertolak dari Penang ke Bentong (Kg Ashraf)

Jumaat|18 june
Saya, Ashraf, Adik, Nadhirah & Naja pergi ke Genting Highland
Pakcik belanja kami makan, play games outdoor indoor & SnowWorld
Terima kasih Pakcik;)
1st time saya sampai ke Genting..hehe;p

Sabtu|19 june
Hantar Ashraf ke Unisel Shah Alam
Belajar baik-baik yea sayang..
Im gonna miss u..T__T
Pergi ke Melaka rumah cousin Ashraf(Abg Rizal&Kak Azie)Jumpa Maklong & family
Then, bermalam di rumah Maklong Ashraf di Cheras

Ahad|20 june
Berada di rumah Maklong Ashraf lagi
Petang bertolak balik ke Penang

Im very enjoy & happy;)

::Sampai Penang rasa ralat sangat sebab my sayang dah jauh di Shah Alam::
::Saya sangat merinduinya::



P/S: I LOVE YOU!

Thursday, June 10, 2010

All about L.O.V.E

^,^ASHRAF ^,^




A: Do You LOVE me??

Z: YES I do!


Its TRUE!!!


NEVER give up!!


LOVE is always brighten your life in whatever condition...


MOTIF: I just want to say that I FALL IN LOVE once again!

Tuesday, June 8, 2010

TIBA-TIBA....

Dalam duduk bersendirian..

Rasa kesunyian..

Dalam keadaan cuaca yang suram..

Hati mulai gelisah..

MAK.....Nak balik!!!!

T___T


Motif: homesick rupenye :'(

CINTA jarak jauh?

C.I.N.T.A

CINTA jarak jauh?

Takut?

Fobia?

Kerisauan melanda?

Hmmm....

Buang semua tu dalam fikiran!!!

CINTA SEJATI menyatukan dua hati menjadi satu...

Sejauh mana jarak kita..

CINTA tetap bersemadi di hati..

Yang UTAMA!!

KESETIAAN, KEPERCAYAAN, KEJUJURAN, KEIKHLASAN

antara pasangan mesti di LAKSANAKAN..

Jika ANDA BENAR CINTA!!

CINTA tetap akan tersemat di hati jika tiada KECURANGAN dari sebelah pihak!!!

PERCAYA JODOH milik bersama dan kita BERUSAHA MENGEKALKANnya..




I LOVE U MOHD ASHRAF MUSTAQIM!!

Where ever u go..I'm always LOVING U!!


Monday, June 7, 2010

Saya Ingin.......

menjadi insan yang berjaya dan berguna....




menjadi wanita solehah yang sejati....





menjadi anak yang baik dan taat....




menjadi isteri yang taat dan patuh....





menjadi ibu yang mithali....



AMIN.......:)




Sunday, June 6, 2010

TOMYAM KUNG vs TOMYAM POK TEK

Pagi tadi bangun awal sebab nak pergi Seberang gara-gara semalam tertinggal beg kery @ Bf Ku NorNadia..

Tetapi semalam memang my 1st time drive atas bridge Pulau Pinang..Hehe..BEST..

Okey..Back to the main story..
Alang-alang dah ada dekat Seberang Prai kami pun buat cadangan untuk makan TOMYAM di SUNWAY KARNIVAL..
Orang cakap kat situ TOMYAM dia best!!

Sesampainya kat Sunway Karnival kami window shopping dulu..Huhu..
Tapi nadia bukan setakat window malahan telah pergi ke pintu depan dan pintu belakang..Haha!

Okey okey..
Setibanya di tempat makan sedap ala Thai tu..Saya mula konfius dan pening..Nak pilih Tomyam Kung or Tomyam PokTek..
Dahla orang tu cakap Thailand..Dalam hati..Nak tanya ni diorang akan faham ke..Huahua..
Of courselah diorang faham dah berjanggut diorang buka kedai kat sini..Hehe..

Saya pun tanyalah kakak tu ape beza tomyam kung and poktek..
Dia cakap tomyam kung warna merah and tomyam poktek warna putih..
Haishh..Saya tengok dalam gambar yang display tu sama je warna dia..
Saya pun tak nak terus meng'konfius'kan diri dan terus order tomyam kung..

Setelah rasa tomyam dia..Fuiiyooo!!
4 thumbs up!!!!
Hahaha..Memang KUNG abes..
Sedap hingga menjilat jari..
Perut kenyang hati senang..

MOTIF: nak promote TOMYAM KUNG SUNWAY KARNIVAL kat sume yang baca blog ni..Huhu;)

ALHAMDULILLAH syukur...

First of all..WELCOME into my LIFE...

CCP 3065



Alhamdulillah..Finally aku dikurniakan rezeki dari Allah untuk memiliki sebuah kereta..Bersyukur sangat-sangat padaNya..

Segala rezeki yang dikurniakan untuk kita adalah datang daripada Nya..Sentiasalah rasa bersyukur dengan apa yang kita miliki dan sentiasalah mengingatiNya dan jangan meninggalkan segala suruhanNya..

CCP3065 mempunyai teman yang sentiasa setia bersamanya..

Jeng Jeng Jeng.....


"pika-pika with gigiraffe"

LOVE them so much;)

---------------------------------------------------------------

MY LIFE

I love my life..

Even my life kadang-kadang tak selalunya indah dan di datangi dengan serba sedikit masalah dan saya tidak pernah untuk give up malahan rasa lebih bersemangat untuk mengharunginya..

Dan saya sentiasa berdoa supaya dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan saya ini..
:)

Saya sangat bersyukur dikurniakan kehidupan seperti sekarang..
Walaupun sangat busy dengan master's project, kehidupan saya masih lagi terurus dengan baik..
Dan masih mempunyai masa spent my time with my love one and my friends..

Target saya sekarang..
Finish my labworks as soon as possible, publish paper and then writing thesis..

Target akan datang:
Start working while plan to further study for my PhD..InsyaAllah..I know I can do it if di izinkan Allah..

Saya ingin membawa keluarga saya pergi melancong dengan hasil titik peluh saya!!

SOALAN: Adakah saya akan menjadi Doktor Falsafah suatu hari nanti? huhu..*v*






Saturday, May 8, 2010

my DENG....

Finally, my DENG sudah menjadi tunangan orang..Wah syoknya apabila dipinang dengan orang yang kita cintai..Congratulations deng!!! Jaga hubungan baik-baik tau..Sentiasa bertolak-ansur n hormat-menghormati antara satu sama lain..Setia, ikhlas dan jujur dalam perhubungan..Dekatkan diri pada Allah dan sentiasa minta keredhaan-Nya..InsyaAllah apa yang kita impikan akan termakbul..Tapi sedeh tak dapat bersama deng meraikan hari yang bermakna itu..Keadaan memang sangat-sangat tidak mengizinkan..Thanks to sepul jugak sebab pilihkan hadiah sebagai pengganti diri kami..Baca dan laksanakan tau deng..

*DENG..u are so gorgeous on dat day!!


Wah..Cepatnya masa berlalu..Dulu main bersama sekolah sama dan sekarang my best best friend dah akan menjadi milik orang..Baru tersedar bahawa umur ini tidak menunggu kita..Dah tua yek aku ni..Tua ke? 24 tahun..Hmmm...Hehehe..Yang penting utamakan apa yang perlu diutamakan dulu..Soal jodoh berserah kepada Allah yang Maha Esa..Cepat or lambat jodoh itu..Yang pasti aku mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk diriku ini..

Wednesday, April 7, 2010

RAGAM MANUSIA ZAMAN SEKARANG

MANUSIA atau pun dikategori sebagai orang atau secara scientificnya homo sapiens..Bila membesar di dunia ini, macam-macam yang kita pelajari..Setelah 24 tahun saya hidup atas muka bumi ini dan merantau dari semenanjung hinggalah ke kepulauan borneo dan dr timur hinggalah ke utara, macam-macam ragam manusia saya jumpa..

MANUSIA yang matang jauh beza dengan manusia yang tidak matang akal pemikirannya..Manusia yang bekerja yang membuat bisnes yang belajar dan macam-macam lagsemuanya mempunyai pemikiran yang berbeza..

TAPI saya tak tahu kenapa manusia yang selalu berfikiran cetek..Sendiri buat keputusan pastu salahkan orang lain..Dah banyak saya tengok manusia yang dikategorikan begitu..Bila hidup dah kucar-kacir, masalah sana-sini pastu komplot dengan kawan-kawan nak jatuhkan hidup orang yang membuat keputusan unutuk diri dia..Begitukah caranya??

MANUSIA ada pelbagai karenah..Yang suka cakap belakang lagi banyak yang saya jumpa..Saya pun tak tahu kategori apa dengan tahap pemikiran diorang ni..Macam-macam masalah manusia ni..Ada tu, depan mata pijak semut pun tak mati tapi belakang orang cakap punyalah berapi..Apalah nasib tambahkan dosa diri sendiri..

MANUSIA tidak pernah sempurna..Sebab itu manusia terlalu inginkan kesempurnaan..Untuk masalah di atas tadi..Kenapalah manusia kategori itu bersikap begitu? Cakap belakang berani..SALAH tindakan anda..Manusia yang matang tidak akan berbuat begitu..Cari jalan penyelesaian yang betul jika ada perasaan tidak puas hati..Berdepan dan berbincang adalah jalan terbaik dan cari jalan penyelesaian..Bukan tambah dosa sendiri dan sampai bila pun masalah tidak selesai..CLEAR kepada mereka yang kategori ini?

MANUSIA tidak lari dari adanya perasaan CINTA..CINTA? Wow..Sungguh subjektif..tetapi CINTAIlah ALLAH yang utama..supaya cinta anda dengan manusia akan lebih utuh..Berusaha untuk kekalkan jodoh anda dan pastinya dengan hati yang ikhlas barulah mendapat keberkatan dariNya..

MANUSIA yang kianati cinta? ADus..ni cakap tak serupa bikin..Manusia perampas? Merosakkan hubungan orang lain..Tidak kotakan janji? Wow..macam-macam masalah cinta..Kepada pengkianat CINTA dan perosak ketahuilah..ALLAH itu MAHA ADIL dan BERKUASA..

Kepada MANUSIA yang sedang berpacaran, apa yang penting kita lakukan yang terbaik!!


*motif: tak larat tengok masalah manusia*v*

Saturday, April 3, 2010

DOA

Ya Allah Ya Tuhanku....
Berikan kekuatan yang padu untuk diriku dalam mengharungi liku-liku hidup ini..
Berikan aku kemudahan dalam menempuhi kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat..

Amin..

Thursday, April 1, 2010

APRIL


COLOURS OF LIFE....

Cepatnye masa berlalu..Dah genap setahun i menjejakkan kaki ke Penang..Jauh perjalanan banyak pengalaman yang i lalui..By the way..Malas nak celoteh panjang..Cuma mengharapkan dan sentiasa berdoa supaya perjalanan hidup ini sentiasa di redhai Allah dan mendapat kemudahan dunia akhirat..Amin..

Wednesday, March 24, 2010

PENCARIAN M.O.D.E.L

MODEL HARI INI:
MOHD ASHRAF MUSTAQIM




I

L
I
K
E

I
T

;)

Saturday, March 20, 2010

My Best Friend Will Get Married:)

Jumaat tanggal 19 Mac 2010 my bff telah dirisik oleh Encik Muben..My bff: NUR MASITAH BINTI MOKHTAR..Kawan yang i kenali sejak berumur 5 years..Wah..Dah 19 tahun kan? Kami membesar bersama, main bersama, sampai tersuka orang yang sama kan deng? Hehehehe..
Itu cerita masa zaman hingusan lagi..


Dulu, i sering risau..Fikirkan my bff ni..Asyik single je..Sampai i terfikir nak carikan pasangan tuk dia..Tapi fikir2 balik dia pasti akan jumpe prince charming dia suatu hari nanti..Dan skang sudah terbukti..Im very HAPPY with you my DEAR..Thanks to MUBEN kerana menjaga MASITAH sebaik-baiknya dan berharap kamu berdua akan bahagia hingga ke akhir hayat:)

2nd May 2010 MASITAH akan bertunang..Seronoknye..I pasti berusaha untuk balik dan xnak terlepas dari majlis yg penuh makna ini buat beliau..Dijangkakan akan berkahwen pada awal tahun hadapan..deng..kite sentiasa akan doakan yg terbaik buat deng!!


LOVE YOU SO MUCH DENG!!!!!

Monday, March 15, 2010

a.b.o.u.t.w.e.d.d.i.n.g

What Happen To Me????;p

Now im thinking about this....

M
A
R
R
I
E
D
.
.
.
.
Very Nice!!


I Really LOVE This Design!!!!



BeAuTiFFuL!!!



With LOVE....



GrEat FaNTasTiC!!!


NyuMMy...;)


I Want to Marry YOU.......>_< ..

my dear love Mohd Ashraf Mustaqim..









Sunday, March 14, 2010

Photo for Today;)


I

L
O
V
E

Y
O
U

(;

Actually pic ini di candid oleh seorang photographer semasa menghadiri satu majlis perkahwinan..

Dan kami belum pun ade ape2 ikatan..But we always look like a sweet couple kan..;)

Hehehe..And now, we officially in a relationship and always make this love blooms..;)

SwiMMinG dAy;)

Activity For Today with My Housemates...
.
.
.

Sangat Syokk!!!

Berenang-renang bersama Saira, Nadia n Me..

I memang takut air pada awalnya..

Dari kecil memang xpandai berenang..

Lama-kelamaan secara tak langsung i pandai berenang..

hehehehe...

Seronok!!!

Saturday, March 13, 2010

March 2010!!

March...
Tanpa disedari kita dah memasuki bulan March..Sekejap je rasa..Usia semakin meningkat..Cabaran semakin tinggi..This is Life..It Is Depth of Life..

Btw, dah lama jari-jemari ini tak menaip di atas keyboard ini untuk memenuhi ruang blog yg lebih dikenali sebagai entri luahan..hehe..Semakin hari semakin membuat i sedar begitu banyak dan besar peluang di dalam kehidupan ni..Setiap peluang yang ade harus dinilai dan direbut untuk mencapai kejayaan dalam diri..But now i have to focus on my researh first beside get extra income from my tuition job n my bisnes..Wuhuu..Busywoman!!I need to finish my master as soon as possible. Ya Allah..help me and give me full strength to face my life..

Smile Smile Smile..;)
I feel more confident when i smile and always thinking the positive things;)
I love Nurul Zaadah Juhari;)
Seorang Perempuan yang Sentiasa Ingin Berjaya dan Cekal Hadapi Segala Rintangan!!
I love my Family;)
I love Mohd Ashraf Mustaqim too;)

Thursday, January 14, 2010

H.A.P.P.Y

Alhamdulillah.....

Tak terkata apa yang aku rasa sekarang ni..

Macam-macam rasa..

Syukur + happy + lega + seronok + ........

Terima kasih Universiti sains malaysia..

Jasa mu akan ku kenang sampai bila..

Aku akan berusaha bersungguh demi mu USM..




AKU BERJAYA DAPAT FELLOWSHIP USM!!!


:)

Sunday, January 10, 2010

L.I.F.E.....

L: love?

I: interesting?

F: fantastic?

E: enjoy?

Fuhh..bila cakap tentang LIFE semua nak kaitkan dengan benda yang best-best atau kata lain indah-indah belaka..

Tetapi hakikatnya LIFE ini sangat tough..diulang..TOUGH!

Semua orang berimpian nak memiliki LIFE yang sempurna..Ada cinta..Ada kesenangan..Ada kemudahan..Dan ada segala-galanya..

Nak dapat ni semua? huishhh......(mengeluh panjang)...USAHA lah oiii!!!! (hehehe)..

Dalam kita berUSAHA pasti ada macam-macam dugaan yang kita terpaksa harungi..Al-maklumlah bila nak yang terBAIK mesti bermula dengan perkara yang kurang baik (maksudnya dugaanla..)..tetapi AKHIRNYA pasti peroleh perkara yang BAIK-BAIK kan..hehehehe...
AMIN...

MASTER=SUCCESS + KERJA=HASIL + FAMILY=BAHAGIA + KAHWIN=?? (hanya Allah yang tahu bila seru itu)..;)
TADAAAAA......!! :)









Saturday, January 2, 2010

WELCOME 2010!!!!!!

Yeah!! Tahun Baru kini menjelma!!

KABBOOOOMMMMM!!!



Happy New Year 2010 to all!

Tahun ni aku berazam untuk meningkatkan tahap 5K aku..

Apa itu 5K??

Aku berazam untuk meningkatkan tahap:

1: KERAJINAN

2:KESENANGAN

3:KEJAYAAN

4:KEBAHAGIAAN

5:KEBAIKAN

....Dunia Akhirat


Ameen...