BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 4, 2011

WELCOME 2011

Salam pembuka bicara..

Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita masih diberikan nafas untuk terus hidup di atas muka bumi Allah swt ini. Tahun 2011 bakal memberikan lembaran baru kepada sesiapa sahaja dan terus berazam bagi mengecapi sesuatu yang bermakna dalam kehidupan mereka.

Tahun 2011 (9 februari) genap umur saya mencecah 25 tahun. Alhamdulillah sudah hampir 25 saya hidup di atas muka bumi ini. Banyak pengalaman yang saya tempuhi dari kecil hinggalah dewasa dan setiap pengalaman itu saya jadikan sebagai sumber kematangan diri saya. Apa yang baik saya jadikan tauladan dan apa yang buruk saya jadikan sempadan dalam hidup ini.

Azam tahun baru?? Setiap orang pasti akan berazam apabila masuknya tahun baru. Tetapi lumrahnya hanya awal tahun je yang bersemangat untuk mengejar azam tersebut then bila dah nak sampai senja semua hilang tekad untuk mengecapi azam tersebut. Mana boleh macam tu kan? Hehe.

Azam saya sentiasa ingin meng'upgrade'kan diri saya kepada yang lebih baik dalam semua aspek berbanding pada tahun sebelumnya. Target saya:

1) Menghabiskan research Master saya dalam tahun ini. Wah..Rasa macam mimpikan dapat Master semuda umur 25 tahun. Syukur ke hadrat-Mu Ya Allah.

2) Mengumpul duit dan menjadi lebih senang. Saya akan berusaha lebih gigih. Yakin pada diri bahawa Usaha Tangga Kejayaan:)

3) Membuat Emak dan Abah sentiasa happy dengan kejayaan dan kehidupan anaknya. Jika ada rezeki dan diizinkan Allah, nak bawa Emak dan Abah pergi makan angin. InsyaAllah.

4) Ehem Ehem. InsyaAllah jika dipermudahkan olehNya, saya sebagai hambaNya ingin melangkah ke satu level dalam perhubungan yang diredhai Allah. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Amin.

5) Sebenarnya ini yang paling utama. Ingin meng'upgrade'kan diri sebagai hamba Allah yang lebih bertaqwa dan mendekatkan diri pada-Nya. Amin.


(Sentiasa Berdoa)

*Di sini saya selitkan wajah baru 2011..hehe*

WANITA + CANTIK + SIHAT + FASHION + STYLE = Perlu Ada Dalam Diri!!



LOVE TO BE ME:)

5 comments:

dyalova said...

akak, licin je muka,cantik mekap akak..hehe akak pakai pe? *nak mekap dinner nnti neh..huehue

kuKu said...

make up by photoshop.itula jwpnnya..hehe..

nurul zaadah said...

haha..betul jawapan cik kuku tu dik..tunggu akak ade set makeup yg complete mcm makeup artist tu boleyla..hihi..

masmOna said...

si cantik, miss u!
nnt makeupkan kita untuk outdoor photoshoot..hehehe

nurul zaadah said...

InsyaAllah my deng!! Nak kena upgrade set makeup ni..hehe..