BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 22, 2009

Ya Allah..
kuatkan hati dan iman hamba Mu ini..
hamba sangat sedih Ya Allah..
kadang2 hamba terfikir kenapa Kau tarik segala kebahagiaan yang pernah hamba kecapi..
kenapa dengan sekelip mata..
hamba dibuang begitu sahaja dari hatinya..
siapakah insan yang bertakhta dihatinya sekarang sampai tiada lagi tempat untuk hamba..
Ya Allah..
berilah kekuatan untuk hamba mengharungi semua ini ya Allah..
sembuhkanlah luka yang berdarah di dalam hati hamba ini..
bukalah sinar baru untuk kehidupan hamba seterusnya..
tolong hamba ya Allah..
kuatkan hati hamba ya Allah..
Ya Allah..
hamba sebagai manusia biasa yang lagi hina disisi Mu..
hamba tidak sesekali membenci hamba-hamba Mu yang lain..
Kau Maha Adil ya Allah..
hamba berserah kepada Mu untuk menentukan kehidupan hamba-hamba Mu..
sekarang ataupun pada masa hadapan..
Ya Allah..
walaupun hati hamba dilukai dan disakiti seperti ini..
hamba tidak pernah mendoakan keburukan untuknya..
malah hamba mendoakan agar dia bahagia bersama pilihan hidupnya..
hamba redha dengan semua ini..
hamba berharap ada hikmah yang akan Kau berikan kepada hamba..
Tolongla hamba ya Allah..
sembuhlah luka hamba ini dengan secepat mungkin..
pertemukanlah hamba dengan seseorang yang boleh buat hamba hidup bahagia dunia akhirat..
pertemukanlah jodoh yang baik buat hamba..
hamba pasti Kau telah tetapkan jodoh yang tebaik buat diri hamba..
Amin....

------------------------------------------------------

Kawan-kawan yang dikasihi sekalian..
Fahamilah perasaan dan hati setiap insan yang hidup di atas muka bumi ini..
Hargailah setiap perhubungan yang sedang atau telah anda bina..
Serikanlah hubungan anda dengan kasih sayang yang diredhai Allah..


Lelaki..
Jangan anda permainkan sedikit pun perasaan perempuan..
Fahamilah wahai lelaki..
Hati perempuan halus sehalus baldu..
Tercalar sedikit menangislah dia..
Bukan tanda manja atau pun tidak tegar..
Cuma kesakitan mula terasa..
Biarlah dia menangis untuk luahkan segala..
Fahamilah perasaan perempuan untuk seketika..

Perempuan..
Kita bertuah memiliki hati nurani yang halus lagi suci..
Inilah senjata untuk menambat hati lelaki..
Lelaki melengkapkan kebahagian kita..
Tetapi..
Jangan disemai cinta yang tidak diredhai Allah..
Allah murka..
Walaupun kita sentiasa terasa teraniaya..
Cuma segelintir sahaja..
Kuatkanlah hatimu menempuh semua ini..
Bersabarlah..
Allah menjanjikan yang terbaik buat kita..
Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman..
Sebagai perempuan..
Sabar juga merupakan senjata untuk kite mengecapi kebahagiaan untuk masa akan datang..
Percayalah..Walaupun pahit untuk ditelan..
Berkat kesabaran akan membuat kita tersenyum indah menjalani sisa hidup yang masih berbaki..



Hati nurani: nurul zaadah binti juhari

5 comments:

Anonymous said...

sabar z sabar.
semua orang pernah rase.
pasti ade pelangi selepas hujan.
percayalah oh.

nurul zaadah said...

t0 fairuz:

thanks darl..i hope so..
aku redha dgn ketentuan Allah..
Allah maha adil..
ade sbb Dia tentukan hidup aku mcmni:)

masmOna said...

deng~
not so much i can say here..except for sabar.
sabar la deng yeh..sabar dan sabar lagik..
mesti ada hikmah disebalik semua yg berlaku ni..
anything just call and story to me.oki deng?

nurul zaadah said...

t0 mas:

thanks deng..
alhamdulillah Allah tgkatkan kesabaran dlm diri kita skang..

mimi said...

a'kum z....
bykkn b'sabar ye....
insyaAllah stiap kesabaran kite pasti ade kebahagiaan yg menanti....
bykkn b'doa n dekatkn diri dgn Allah....
InsyaAllah,ketenangan pasti akn dtg pd kite....
yg pergi,pasti ade pengganti yg lebey baek....
itu janji Allah kpd hambaNYa....
ak alwaz doakan kebahagiaan ko....
hope ko sntiasa tabah dgn dugaan.....
luv u,my fwend...