BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 24, 2012

Badan sihat Kulit cantik Wajah ceria





Comel tak gambar kat atas tu? Hihi..Perasan. Lama sangat tak update blog. Tetiba pagi ni (1:19 am, 24.03.12) datang mood untuk update entry yang bertajuk sekian di atas. Macam best dan tertarik je tajuk tu kalau bagi kaum hawa kan. Al-maklumlah wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan.

Pada saya, kecantikan luaran tu sangat berkait rapat dengan dalaman kita. Contoh memiliki tubuh badan yang sihat. Pada pengalaman saya, apabila badan tidak sihat, selalu rasa lemah, penat dan tidak bermaya dan sekaligus kulit muka saya juga tidak bermaya. Sampai kawan-kawan juga menegur tentang perubahan itu. Saya mula memikirkan sesuatu bahawa saya perlu melawan dan bersemangat untuk jadikan badan saya cergas semula. Al-maklumlah sekarang Master saya sudah masuk fasa writing thesis. Hormon juga jadi tidak stabil.

Pertama, saya kurang memikirkan masalah disekeliling saya tetapi bukan bermakna saya tidak alert cuma tidak mahu membebani otak dari sentiasa memikirkan masalah. Harus sentiasa berfikir positif.

Kedua, saya luangkan sedikit masa dalam sehari untuk senaman ringkas. Kadang-kadang buat waktu pagi, kadang2 petang dan kadang2 sebelum tidur. Senaman akan buat badan kita rasa ringan dan melancarkan pengaliran darah. Sembahyang 5 waktu juga secara tidak langsung dikira sebagai senaman yang bagus sekali. Terutama waktu sujud. Sujudlah lebih lama kerana time tu darah akan mengalir ke seluruh otak termasuk bahagian yang tidak dapat dialirkan dalam keadaan biasa tubuh.

Ketiga, minum air kosong banyak seeloknya 8 gelas sehari walaupun saya belum capai 8 gelas tersebut. Hehe. Berusaha. Jaga pemakanan dan perbanyakkan makanan berunsur vitamin dan serat. Contoh sayur dan buah-buahan. Serta kawal pengambilan lemak. Sebab, apabila nutrient dalam badan mencukupi dan seimbang, jadi kuranglah toksin yang terkumpul dalam badan mahupun kulit. Jika pakai produk skin care pasti lebih berkesan terutamanya untuk kulit wajah kita .

Keempat, luangkan masa sehari untuk membuatkan anda boleh tertawa. Contoh membaca cerita2 kelakar atau menonton aksi lawak sehingga anda tidak kering gusi. Ketawa dapat mengurangkan stress dan menstabilkan tekanan darah kita. Ketawa memang terapi yang sangat baik. Lagi seronok jika berkongsi ketawa dengan pasangan yang kita cintai:)

Kelima, tidur mencukupi. Tidurlah dalam keadaan yang selesa iaitu katil yang bersih, suasan bilik yang tenteram serta bauan yang menyenangkan. Pasangkan sedikit aroma pewangi sebelum anda tidur. Tidur yang nyenyak akan membuatkan badan anda terasa segar di pagi harinya.

Saya rasa cukup setakat tu untuk saya kongsikan kepada kaum hawa diluar sana. Haa..yang terakhir saya akan kongsikan produk skin care yang saya gunakan buat masa ini.

Saya menggunakan set Bio essence with ATP. Sangat berkesan.:)



Saya menggunakan whitening body lotion Bioglo dari COSWAY. Memang best;)
Produk paling bagus dan berkesan untuk kulit yang ada parut iaitu Bio Oil:)

 


Yang akhir sekali, paling penting. Sebab yg atas tadi tu semua luaran. Kita nak dari dalam lagi mesti cantik dan terpancar hingga ke luar. Virgin Coconut Oil (VCO). Buat badan lebih sihat dan kulit bertambah cantik dan glowing :)



2 comments:

dhiyalova said...

waaa...dah lama sbnrnya duk 'usha' kejelitaan kak z ni..hehe harini br dpt tau skin care pe yg akak pakai.hehe thanks for sharing akak =)

nurul zaadah said...

hahaha..sharing is caring dear:)