BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 22, 2011

study vs makan angin

Salam sebagai pembuka kata. Alhamdulillah saya masih di sini, bernafas, sihat, ceria dan bahagia di atas muka bumi ciptaan Allah yang Maha Esa ini. Jarang betul saya meng'update' entry di blog saya ni. Tapi saya akan cuba meluangkan masa untuk berkongsi sebarang cerita diblog cantik ini (perasan..haha!).

Bulan ini dah masuk sem 4 saya sebagai student master USM. Candidacy saya akan tamat pada 31 Ogos 2012. InsyaAllah saya akan grad next year. Jika tiada aral melintang. Sekarang saya perlu habiskan sisa-sisa kerja lab saya dan repeat apa yg patut untuk dapatkan result yg cantik. Writing juga sedang melangkah searus dengan kerja lab tersebut. Beginilah life full time research student. Apa-apa pun saya akan usaha yang terbaik seiring dgn doa yang dipanjatkan kepadaNya.

Saya juga memohon agar Allah permudahkan segala urusan dalam kehidupan ini. Doa usaha ikhlas tawakal adalah 4 perkara yang saya pegang sejak zaman sekolah lagi. Saya berharap untuk membalas jasa emak dan abah yang banyak berjasa dan bersusah-payah membesarkan saya dan mendidik saya sehingga saya berjaya ke tahap ini. Saya akan lakukan yang terbaik buat mereka. InsyaAllah. Terima kasih emak dan abah:)

Dari dulu lagi saya selalu merancang untuk membawa emak dan abah pergi makan angin. Memandangkan Air Asia buat promotion jadi saya plan membawa mereka ke Bandung. Tetapi abah nampaknya menolak pelawaaan tersebut sebab abah memang tidak minat berjalan jauh melainkan hal penting. Kalau bawa ke tempat yang abah minat dan boleh melakukan aktiviti memancing abah pasti tak tolak. Hehe..So saya akan membawa emak sahaja. InsyaAllah jika dipanjangkan umur dan tiada aral melintang saya dan emak akan pergi pada oktober 2012. Tiket pun dah selamat beli. Nak bawa adik takut waktu tu dia sudah melanjutkan pelajaran. InsyaAllah jika rezeki lebih saya akan bawa seluruh keluarga pergi bercuti suatu hari nanti.

Okeylah. Memandangkan sekarang sudah 1:28am so saya stop sampai sini dulu. Next time saya akan update lagi. Agaknya bilalah ya saya akan tulis entry berikutnya. Hehe..Senyum sokmo:)
Wassalam..

0 comments: