BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 27, 2011

SMILE

Monday, October 24, 2011

Bandung + Jakarta

Salam dan hi for all readers..Haha..Ada ke yang baca ni (perasan sendiri)..Actually kali ni nak story tentang vacation yang saya dan housemate iaitu Saira dan Nadia..Buat kali pertama dan terlebih excited saya melangkah ke country orang..Hehehe..Bunyi macam jauh jekan..Padahal country jiran je..Yang jauh tu tunggu akan datang pulak jika ada rezeki..InsyaAllah..So kali ni saya ke Indonesia (Bandung + Jakarta)..BEST!!!

Saya ke sana selama 6 hari..Bertolak dari Penang-KL dan KL-Bandung pada 13 oktober (Khamis)..Kemudian ke Jakarta pada 17 oktober (Isnin) awal-awal pagi..Dan pulang ke Malaysia pada 18 Oktober (Selasa)..So, saya berada di Bandung selama 4 hari dan Jakarta 2 hari..Berjalan sakan kan?

Dalam entry ni saya tak dapat cerita dengan lebih details tentang pengembaraan saya dan kawan-kawan lagi kerana belum minta gambar-gambar menarik sepanjang di sana dari Nadia..Memandangkan dia membawa DSLR so kami banyak menggunakan DSLR dia..Hehe..

Tunggu ya untuk entry yang seterusnya..Pengembaraan kami memang sangat syok!!

Friday, October 7, 2011

GORGEOUS make me rambang mata *,*

Hahaha..Lawak jekan kalau baca tajuk entry ni..
Mesti 1st thing yg bermain kat fikiran mesti ingat jejaka-jejaka gorgeous yang sampai jadi rambang mata kan?
Hehehe..

Sebenarnye...Ini yang buat saya rambang mata*-*




Jeng jeng jeng! Hah ini dia..


1) Baju pengantin ala-ala dress ni sesuailah untuk bersanding..Warna dia sangat mententeramkan jiwa dan raga..Hehe..Belakng dia tu seksi tapi kita boleh pakai inner ikut warna kulit..so taklah contra sangatkan..Cantikkan!


Yang kedua pula...

2)Warna pink gabungan corak bunga ungu sangat meletop! Colour combinations yang sangat mantap..Design dia pun nampak elegant untuk si pengantin..Cuma bahagian kain dia tu saya kurang berkenan sket (banyak songeh pula saya ni)..Kalau dia buat ropol setingkat je mesti cun..Hehe..Berkenan sungguh!

Then yang paling berkenan dihati..

3)Baju tunang Ana Dahlia..Sangat cantik dengan bunga-bunga kat area bawah dress tu..Ni dah mengalahkan baju pengantin ni..Hehehe..Buat sanding pun meletop ni! Warna pastel memang sangat cantik untuk sesiapa sahaja..Sejuk mata bila tengok..Takdelah menyilau sangat mata..Hehehe..Nak design camni boleh tak untuk wedding nanti? Hehehe..


Lastly baju akad nikah..

4)Yang ni paling simple cantik dan tertarik..Tak heavy sangat..Yelah nak masuk masjidkan..Putih suci dan simple..Tapi cantik! Yang ni dipakai oleh isteri artis kita Zed Zaidi..Cantik cantik!

Semua cantik dan GORGEOUS u alls...*_*

I LIKE!!!!








Thursday, October 6, 2011

::RATU KEBAYA CONTEST:



Me & Make up...
Alhamdulillah banyak juga permintaan sejak akhir-akhir ni..
Rezeki dariNya..

Just nak cerita pada Ahad lepas saya telah makeup Nor Izza Erma..
Untuk contest ratu kebaya 2011..

Alhamdulillah Ema terpilih ke quarter final..
Happy sebab dapat makeup Ema lagi Sabtu ni:)
InsyaAllah akan lakukan yang terbaik buat Ema dan semoga Ema akan melonjak ke semi final plak:)

I know that u can do it!!



:Credit to Harith Zubairi for the picture above:


Taken from Ema album..

Siapa yang perlukan perkhidmatan makeup just tell me;)

Thursday, September 22, 2011

study vs makan angin

Salam sebagai pembuka kata. Alhamdulillah saya masih di sini, bernafas, sihat, ceria dan bahagia di atas muka bumi ciptaan Allah yang Maha Esa ini. Jarang betul saya meng'update' entry di blog saya ni. Tapi saya akan cuba meluangkan masa untuk berkongsi sebarang cerita diblog cantik ini (perasan..haha!).

Bulan ini dah masuk sem 4 saya sebagai student master USM. Candidacy saya akan tamat pada 31 Ogos 2012. InsyaAllah saya akan grad next year. Jika tiada aral melintang. Sekarang saya perlu habiskan sisa-sisa kerja lab saya dan repeat apa yg patut untuk dapatkan result yg cantik. Writing juga sedang melangkah searus dengan kerja lab tersebut. Beginilah life full time research student. Apa-apa pun saya akan usaha yang terbaik seiring dgn doa yang dipanjatkan kepadaNya.

Saya juga memohon agar Allah permudahkan segala urusan dalam kehidupan ini. Doa usaha ikhlas tawakal adalah 4 perkara yang saya pegang sejak zaman sekolah lagi. Saya berharap untuk membalas jasa emak dan abah yang banyak berjasa dan bersusah-payah membesarkan saya dan mendidik saya sehingga saya berjaya ke tahap ini. Saya akan lakukan yang terbaik buat mereka. InsyaAllah. Terima kasih emak dan abah:)

Dari dulu lagi saya selalu merancang untuk membawa emak dan abah pergi makan angin. Memandangkan Air Asia buat promotion jadi saya plan membawa mereka ke Bandung. Tetapi abah nampaknya menolak pelawaaan tersebut sebab abah memang tidak minat berjalan jauh melainkan hal penting. Kalau bawa ke tempat yang abah minat dan boleh melakukan aktiviti memancing abah pasti tak tolak. Hehe..So saya akan membawa emak sahaja. InsyaAllah jika dipanjangkan umur dan tiada aral melintang saya dan emak akan pergi pada oktober 2012. Tiket pun dah selamat beli. Nak bawa adik takut waktu tu dia sudah melanjutkan pelajaran. InsyaAllah jika rezeki lebih saya akan bawa seluruh keluarga pergi bercuti suatu hari nanti.

Okeylah. Memandangkan sekarang sudah 1:28am so saya stop sampai sini dulu. Next time saya akan update lagi. Agaknya bilalah ya saya akan tulis entry berikutnya. Hehe..Senyum sokmo:)
Wassalam..

Saturday, August 20, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum wbt..

Lamanya tak update entry diblog ni..
Hari ni dah masuk hari yang ke 20 berpuasa..
InsyaAllah dah bermula 10 malam terakhir Ramadhan..
Jadi marilah kita penuhi malam 10 Ramadhan terakhir ini dengan penuh manfaat..

Alhamdulillah..
Walaupun dah hampir 2 weeks mengalami batuk-batuk..
Tapi masih boleh menjalani ibadah puasa dengan sempurna..
Inilah dugaan yang Allah berikan supaya diri ini lebih dekat padaNya..

Pada masa yang sama, saya juga sedang menghitung hari untuk balik ke kampung..
Wah! Tak sabar sungguh..
Saya akan balik pada 24hb (Rabu)..
Singgah KL dulu sebab nak ambil abang dari Sabah kat airport..
So, kami akan balik ke Kuantan sama-sama..

Memandangkan flight abang malam, jadi saya akan pergi shopping dulu dengan chenta hati saya kt KL..
Hehehe..Sempatlah kami berbuka puasa sama-sama nanti:)

Akhir kata, dikesempatan ini saya nak ucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA
&
MAAF ZAHIR BATIN


Saturday, July 16, 2011



Salam sejahtera..

Lama diri ini tidak menjenguk masuk ke laman blog ni..
Kerana dek kesibukan yang melanda hampir terlupa untuk mengupdate blog:)

Walaupun saya busy dengan kerja-kerja Master saya tetapi saya tetap meluangkan masa dalam dunia make up iaitu memakeupkan orang..Hehe..
"I love to make up people and make them look beautiful"

Setelah lama memeram gambar-gambar dan hasil make up sebelum ini, sekarang saya akan upload untuk tatapan kalian..

Gambar-gambar yang diperolehi dari FB Talents itu sendiri..


The latest: CORPSE BRIDE
::make up ala-ala mayat pengantin yang kesedihan::
Talent: Nor Izza Erma




Sebelum tu ada MUSLIMAH PHOTOSHOOT dekat TAMAN METROPOLITAN..

Talent: Nor Izza Erma & Eka Jamaluddin






Okey that's all...

Kadang-kadang kalau kita buat dengan apa yang kita minat pasti membuahkan hasil..
Yang penting mesti dengan hati yang ikhlas..
InsyaAllah..:)