BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 22, 2011

study vs makan angin

Salam sebagai pembuka kata. Alhamdulillah saya masih di sini, bernafas, sihat, ceria dan bahagia di atas muka bumi ciptaan Allah yang Maha Esa ini. Jarang betul saya meng'update' entry di blog saya ni. Tapi saya akan cuba meluangkan masa untuk berkongsi sebarang cerita diblog cantik ini (perasan..haha!).

Bulan ini dah masuk sem 4 saya sebagai student master USM. Candidacy saya akan tamat pada 31 Ogos 2012. InsyaAllah saya akan grad next year. Jika tiada aral melintang. Sekarang saya perlu habiskan sisa-sisa kerja lab saya dan repeat apa yg patut untuk dapatkan result yg cantik. Writing juga sedang melangkah searus dengan kerja lab tersebut. Beginilah life full time research student. Apa-apa pun saya akan usaha yang terbaik seiring dgn doa yang dipanjatkan kepadaNya.

Saya juga memohon agar Allah permudahkan segala urusan dalam kehidupan ini. Doa usaha ikhlas tawakal adalah 4 perkara yang saya pegang sejak zaman sekolah lagi. Saya berharap untuk membalas jasa emak dan abah yang banyak berjasa dan bersusah-payah membesarkan saya dan mendidik saya sehingga saya berjaya ke tahap ini. Saya akan lakukan yang terbaik buat mereka. InsyaAllah. Terima kasih emak dan abah:)

Dari dulu lagi saya selalu merancang untuk membawa emak dan abah pergi makan angin. Memandangkan Air Asia buat promotion jadi saya plan membawa mereka ke Bandung. Tetapi abah nampaknya menolak pelawaaan tersebut sebab abah memang tidak minat berjalan jauh melainkan hal penting. Kalau bawa ke tempat yang abah minat dan boleh melakukan aktiviti memancing abah pasti tak tolak. Hehe..So saya akan membawa emak sahaja. InsyaAllah jika dipanjangkan umur dan tiada aral melintang saya dan emak akan pergi pada oktober 2012. Tiket pun dah selamat beli. Nak bawa adik takut waktu tu dia sudah melanjutkan pelajaran. InsyaAllah jika rezeki lebih saya akan bawa seluruh keluarga pergi bercuti suatu hari nanti.

Okeylah. Memandangkan sekarang sudah 1:28am so saya stop sampai sini dulu. Next time saya akan update lagi. Agaknya bilalah ya saya akan tulis entry berikutnya. Hehe..Senyum sokmo:)
Wassalam..

Saturday, August 20, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum wbt..

Lamanya tak update entry diblog ni..
Hari ni dah masuk hari yang ke 20 berpuasa..
InsyaAllah dah bermula 10 malam terakhir Ramadhan..
Jadi marilah kita penuhi malam 10 Ramadhan terakhir ini dengan penuh manfaat..

Alhamdulillah..
Walaupun dah hampir 2 weeks mengalami batuk-batuk..
Tapi masih boleh menjalani ibadah puasa dengan sempurna..
Inilah dugaan yang Allah berikan supaya diri ini lebih dekat padaNya..

Pada masa yang sama, saya juga sedang menghitung hari untuk balik ke kampung..
Wah! Tak sabar sungguh..
Saya akan balik pada 24hb (Rabu)..
Singgah KL dulu sebab nak ambil abang dari Sabah kat airport..
So, kami akan balik ke Kuantan sama-sama..

Memandangkan flight abang malam, jadi saya akan pergi shopping dulu dengan chenta hati saya kt KL..
Hehehe..Sempatlah kami berbuka puasa sama-sama nanti:)

Akhir kata, dikesempatan ini saya nak ucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA
&
MAAF ZAHIR BATIN


Saturday, July 16, 2011



Salam sejahtera..

Lama diri ini tidak menjenguk masuk ke laman blog ni..
Kerana dek kesibukan yang melanda hampir terlupa untuk mengupdate blog:)

Walaupun saya busy dengan kerja-kerja Master saya tetapi saya tetap meluangkan masa dalam dunia make up iaitu memakeupkan orang..Hehe..
"I love to make up people and make them look beautiful"

Setelah lama memeram gambar-gambar dan hasil make up sebelum ini, sekarang saya akan upload untuk tatapan kalian..

Gambar-gambar yang diperolehi dari FB Talents itu sendiri..


The latest: CORPSE BRIDE
::make up ala-ala mayat pengantin yang kesedihan::
Talent: Nor Izza Erma




Sebelum tu ada MUSLIMAH PHOTOSHOOT dekat TAMAN METROPOLITAN..

Talent: Nor Izza Erma & Eka Jamaluddin






Okey that's all...

Kadang-kadang kalau kita buat dengan apa yang kita minat pasti membuahkan hasil..
Yang penting mesti dengan hati yang ikhlas..
InsyaAllah..:)

Friday, May 27, 2011

Make Up: Artistic Event



Salam sejahtera semua:)

Tanggal 22 May 2011 lepas, saya telah dapat job mke up untuk Artistic Event Photoshoot di Botanical garden, Penang.

Kami boleh memilih theme sendiri dan setiap MUA 2 talents. Jadi saya memilih theme FLOWER untuk talent pertama (BELLA) dan NATURE untuk talent kedua (RINIE).


Talent 1 : BELLA OMAR
(before)

(after)



Talent 2: RINIE
(before)


(after)

ME (=

Thanks to Bella & Rinie :)


p/s: Lepas ni sesiapa perlukan khidmat make up for any events just feel free to contact me..InsyaAllah saya akan berikan yang terbaik untuk anda..(=




Sunday, May 15, 2011

FAKTA SENYUM

Salam & selamat sejahtera..

Hi readers..
Setelah sekian lame x update my blog ni, tetibekan saya rase nak buat MAGIC..
Magic ape yea..??
Mesti u all tertanye-tanye..
Hehehehe...

IKUT LANGKAH MUDAH INI:

:1st:

SMILE..

PLEASE SMILE...

PLEASE....

SMILE LIKE ME..

YOU KNOW THAT U ARE VERY BEAUTIFUL WHEN U ARE SMILING RIGHT NOW..

SEE YOUR FACE IN THE MIRROR..

KAN CANTIK TU....HEHEHE...

SEBENARNYA.....

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN, MARILAH KITA SENTIASA SENYUM DENGAN IKHLAS DAN KETAWALAH BERPADA-PADA. JANGAN SAMPAI SESAK NAFAS SUDAH. hehehe=)

SUMBER: MAJALAH MIDI



::CREDIT to ZIRA for the GORGEOUS PHOTO::


Thursday, April 21, 2011

Anda Pula Bagaimana?

Q: Your weight?
A: 49.5 kg

Q: Your height?
A: 158 cm

Q: Your BMI?
A: 19.8

F: Normal BMI: 19-25

Q: Body fat index?
A: 29.7%

Q: Mass body fat?
A: 14.7 kg

F: Ideal body fat: 18-27%| Ideal body fat mass: 8.9-13.4 kg

Pernah tak anda check diri anda sebegini? Saya pasti biasanye anda semua hanya cenderung untuk check anda punye berat badan sajakan..Jangan begitu...

Tengok macam saye, walaupun mempunyai berat badan yang ideal, tetapi body fat index saye tidak ideal..Bahayakan untuk kesihatan kite..

Jadi mulai hari ini, saya akan mencuri balik mase saye untuk pergi jogging dan ke gym bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik dan memejalkan otot-otot ditubuh..Hehe..

Mari beramal..

Tubuh sihat, wajah ceria dan hati senang:)

LIVE LIFE TO THE FULLEST!!!!

Thursday, April 14, 2011

LAUGH




LAUGH is the BEST MEDICINE!!!!



SEMASA KECILNYA....

THEN
.
.
.
.


SEMASA BESARNYA.....

;DD