BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 31, 2009

Salam penutup 2009..





Cepat masa berlalu hingga kita tidak sedar tahun 2009 telah sampai ke penghujungnya..
Semoga apa yang belum dicapai pada tahun ini akan diteruskan ke tahun hadapan..
Segala kenangan manis yang berlaku jadikan sebagai memori abadi dalam hidup kita dan segala kenangan pahit mestilah di buang jauh-jauh dan jadikan ia sebagai pengajaran buat kita..
Huhu..rasa skema je ayat-ayat ni..:)
Semoga tahun 2010 yang akan menjelma ini akan lebih bermakna buat hidup kita semua..
AZAM tahun 2010 pastilah yang lebih terbaik dari sebelumnya dan mesti berusaha untuk melaksanakan dan mencapainya..

"SELAMAT AKHIR TAHUN 2009"

Sunday, November 15, 2009

I LOVE MYSELF!!!



LATEST PICTURE FROM ME:)

TAKEN BY: MOHD ASHRAF MUSTAQIM
EDITED BY: NURUL ZAADAH JUHARI
LOCATION: HADAPAN MUZIUM, USM

Thursday, August 27, 2009

NEW LIFE..NEW HOPE...


Doakan Kebahagiaan Kami:))

Syukur Alhamdulillah kerana Allah datangkan seseorang dalam hidupku iaitu insan yang bernama Mohd Ashraf Mustaqim..Yang mana menyayangi dan menyintai aku seikhlas dan sepenuh hatinya dan begitu juga aku..Thanks my love...

FOR YOU:))

I may never get to see you as often as i like..
I may not get to hold you in my arms all through the night..
But deep in my heart i truly know,
You're the one that i LOVE and cant NEVER LET GO..

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan al-Mubarak

Tirai Ramadhan kini mengintai kita..
Adakah kita semua sebagai umat Islam telah bersedia??
InsyaAllah...
Mulakan hari ini dengan sebaik mungkin seperti kita tidak akan hidup lagi pada esok hari..


Bulan Ramadhan..
Bulan yang mulia..
Bulan semua umat Islam berpuasa..
Menahan lapar dan dahaga..
Serikan dengan amalan-amalan mulia..
Semoga hidup kita akan lebih dirahmati oleh Nya..
Ameen..

Solat Sunat terawih..
Jangan sesekali merasakan solat sunat terawih 1 bebanan..
Rebutlah peluang keemasan ini..
Kita tak akan jumpa pada bulan2 lain..
Solat sunat terawih penuh dengan keistimewaan..
Keistimewaan yang pasti Allah tunaikan..
Lakukan dengan sebaik dan seikhlas mungkin..
Semoga setiap dosa akan diampunkan Allah..
Ameen..

Saturday, July 11, 2009

life changes

Maaf kerana sudah lama tidak ku intai blog ini..
Kerana kehidupan yang sedikit sibuk dengan
tugas harian sebagai manusia..
Manusia yang mencari erti hidup di atas muka bumi ini..
Manusia yang mengejar segala impian dan harapan
yang di gendong..
Manusia yang tidak pernah putus asa dalam
hari-harinya yang mendatang..

(Huhu..ayat bunga-bungaan la plak)

Hmmm...First of all..Aku bersyukur kepada Mu Ya Allah..
Dia telah mendengar setiap rintihan, kesusahan dan
kesedihan dalam diriku ini..
Aku berbangga menjadi diri aku..
Kini aku lebih jauh bahagia dengan kehidupan aku..
Terima kasih kepada family komuniti dan terima kasih
kepada seseorang..


Saturday, May 23, 2009

Kenapa ada FITNAH??

Ya Allah..
Kenapa ada FITNAH??
Manusia menfitnah dan tidak tahukah mereka FITNAH itu
lagi besar dosanya dari MEMBUNUH..


Kenapa ada FITNAH??
Adakah mereka ingin menutup aib yang disebarkan??
Adakah mereka ingin menjatuhkan orang lain??
Adakah mereka tidak senang atas kesenangan orang lain??
Kenapa..kenapa dan terus kenapa..


Bila FITNAH tersebar..
Kenapa mereka menuduh tanpa bukti??
Kenapa tidak tanya kepada sumber yang menyebarkannya??
Kenapa perlu menuduh orang yang tidak tahu menahu??
Mencari kesalahan orang lain tanpa bukti
atau erti lain menuduh dan boleh dierti sebagai menFITNAH..


Apa yang pasti DIA di atas sana lebih mengetahui..


KEHIDUPAN...

Kehidupan kita ibarat roda..
Kadang-kandang kita di atas..
Kadang-kadang kita di bawah..
Kadang-kadang kita gagal..
Tapi kita akan berjaya selepas kegagalan..InsyaAllah..
Kadang-kadang kita bahagia..
Tapi sampai manakah kebahagiaan kita itu jika tidak disemai keimanan..
Kadang-kadang kita di uji pelbagai dugaan..
Berkat ketabahan kita bangkit dari ujian dan dugaan itu..

Seseorang telah membuka ruang pemikiranku..
Ya..terima kasih untuk dia..
Berjaya..Semua orang ingin berjaya..
Tiada orang hidup tanpa impian..
Kita semua ada impian..
Bagaimana kita ingin mengejar impian tu..
Ya kita boleh kejar impian itu dengan DOA, USAHA, IKHLAS, TAWAKAL..
Ya sangat setuju..

DUIT..
Duit memang segala-galanya..
Manusia boleh berubah kerana duit..
Duit mengaburi mata manusia..
Sampai sanggup merompak dan membunuh..
Kenapa..kenapa dan kenapa sampai begitu???
Kerana mereka mengejar duit..itu jawapannya..
Mereka kejar dan terus kejar sedangkan duit terus berlari..
Mereka tidak dapat mencapainya..
Malah guna shortcut untuk mendapatkannya..
Sehingga sanggup menggadaikan keimanan diri..
SALAH!!!!Memang SALAH!!!

IMPIAN..
Kita semua ada impian..
Impian untuk berjaya, kaya, berkeluarga dan sebagainya..
Semua itu memerlukan DUIT..
Nak berjaya masuk universiti perlukan DUIT..
Nak kaya of course kena ada DUIT..
Nak berkeluarga pun memang perlu DUIT..
Nak bahagia pun perlukan DUIT..
95% punca perceraian adalah datangnya dari masalah kewangan..
Jadi..jangan kejar DUIT tapi kejarlah IMPIAN untuk mendapatkan DUIT..
IMPIAN tidak pernah lari kerana ianya dalam HATI tetapi DUIT akan terus berlari..
Cuma usaha yang bagaimana kita perlu untuk mendapatkan IMPIAN itu..
Hmmm..Complicated pula bunyinya..

Tiba-tiba....
Bercerita tentang kehidupan ianya beralih ke topik lain pula...

Seseorang didepan mata berpesan:

"z..lelaki bukan seorang..i pun lelaki, kami lelaki..klu u nk dapat lelaki yang HEBAT..u kena HEBAT juga..ramai je lelaki yang hebat..i pun HEBAT..haha"

Dalam hati: "tak cukup HEBAT ke aku skang??Hahahaha" aku gelak besar..

Seronok dapat berbicara tentang kehidupan dan macam-macam lagi..Hari itu pulang dengan penuh ilmu KEHIDUPAN..

Wah..dah lewat ni..Jom balik!!
Meninggalkan Kayu Nasi Kandar tempat lepak pilihan:)