BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 4, 2011

WELCOME 2011

Salam pembuka bicara..

Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita masih diberikan nafas untuk terus hidup di atas muka bumi Allah swt ini. Tahun 2011 bakal memberikan lembaran baru kepada sesiapa sahaja dan terus berazam bagi mengecapi sesuatu yang bermakna dalam kehidupan mereka.

Tahun 2011 (9 februari) genap umur saya mencecah 25 tahun. Alhamdulillah sudah hampir 25 saya hidup di atas muka bumi ini. Banyak pengalaman yang saya tempuhi dari kecil hinggalah dewasa dan setiap pengalaman itu saya jadikan sebagai sumber kematangan diri saya. Apa yang baik saya jadikan tauladan dan apa yang buruk saya jadikan sempadan dalam hidup ini.

Azam tahun baru?? Setiap orang pasti akan berazam apabila masuknya tahun baru. Tetapi lumrahnya hanya awal tahun je yang bersemangat untuk mengejar azam tersebut then bila dah nak sampai senja semua hilang tekad untuk mengecapi azam tersebut. Mana boleh macam tu kan? Hehe.

Azam saya sentiasa ingin meng'upgrade'kan diri saya kepada yang lebih baik dalam semua aspek berbanding pada tahun sebelumnya. Target saya:

1) Menghabiskan research Master saya dalam tahun ini. Wah..Rasa macam mimpikan dapat Master semuda umur 25 tahun. Syukur ke hadrat-Mu Ya Allah.

2) Mengumpul duit dan menjadi lebih senang. Saya akan berusaha lebih gigih. Yakin pada diri bahawa Usaha Tangga Kejayaan:)

3) Membuat Emak dan Abah sentiasa happy dengan kejayaan dan kehidupan anaknya. Jika ada rezeki dan diizinkan Allah, nak bawa Emak dan Abah pergi makan angin. InsyaAllah.

4) Ehem Ehem. InsyaAllah jika dipermudahkan olehNya, saya sebagai hambaNya ingin melangkah ke satu level dalam perhubungan yang diredhai Allah. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Amin.

5) Sebenarnya ini yang paling utama. Ingin meng'upgrade'kan diri sebagai hamba Allah yang lebih bertaqwa dan mendekatkan diri pada-Nya. Amin.


(Sentiasa Berdoa)

*Di sini saya selitkan wajah baru 2011..hehe*

WANITA + CANTIK + SIHAT + FASHION + STYLE = Perlu Ada Dalam Diri!!



LOVE TO BE ME:)

Tuesday, December 28, 2010

Fashion and Style



The difference between fashion and style is QUALITY..
Q:Do you agree??
A:YES!!I'm totally agree with this statement!


We are shaped and fashioned by what we love:)


p/s: BE A BEAUTIFUL WOMAN ~OUTSIDE and INSIDE

Saturday, October 30, 2010

Bila Rasa Gembira


LOVE to be NURULZAADAH

CHEER:HAPPY:IN LOVE

Friday, October 22, 2010

SEMOGA CHENTA CEPAT SEMBUH


Pagi tadi saya terjaga pukul 6.30am..Rutin setiap kali bangun saya akan periksa HP saya..Dapat 1 message..Saya buka dan message tersebut dalam bentuk MMS..Daripada mychenta ashraf..Saya sangat terkejut..Gambar yang di hantar adalah gambar tangannya yang dicucuk untuk dimasukkan air..Terus saya terlintas bahawa dia pasti di hospital..Saya dengan segera menghubunginya tetapi sedihnya tak dapat..Beberapa kali saya call dan masih juga tak dapat dihubungi..Pasti baterinya habis..Saya menghantarnya beberapa message supaya dia terima apabila dia on HP..Saya buka FB tengok dia check in melalui foursquare bahawa dia sedang berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang..Saya bertambah risau..T___T



Kerisauan dalam hati saya ini hanya Tuhan sahaja yang tahu..Semalam dia ada mengadu pada saya yang dia susah nak tidur sebab susah untuk bernafas..Saya cakap mungkin ada kahak..Dia cakap dah cuba buang tapi takde..Saya risau juga dan nasihatkan dia supaya segera berhenti merokok..Takut itu adalah penyebab utama! Tapi masih belum tahu apa sakitnya sekarang..Saya hanya berdoa supaya cinta hati saya sembuh dengan segera dan tiada apa yang memudaratkan kesihatannya..Amin..Saya cinta sangat2 dekat awak..Saya nak awak sentiasa sihat berada disamping saya..

Thursday, October 21, 2010

merindu

Lamanya saya tak update blog..Sometimes tak tahu apa yang perlu dituliskan..Sebab kisah hidup dan hari-hari yang dilalui tak pernah kosong..Okey..Saya hanya nak beritahu yang saya masih sihat, ceria dan muda (hee..dah 24 muda lagila kan)..Tapi apa kaitan dengan tajuk entry kali ini..MERINDU??

Secara jujurnya banyak perkara yang dirindui..PERTAMA: Saya rindu zaman kanak-kanak yang bermain pondok-pondok, kejar-kejar (sampai langgar pokok kelapa), main galah panjang dan macam-macam lagi sehingga membuat saya menjadi gelap..Hehe..
KEDUA: Saya rindu zaman persekolahan saya..Ada ramai kawan-kawan yang boleh dijumpa setiap hari..Seronok kan?
KETIGA: Saya rindu zaman belajar saya di universiti..Saya jumpa dan kenal ramai orang dari pelbagai negeri dan budaya..Sangat seronok..UNIMAS the best!! Pergi camping, hiking, travelling dan macam-macam lagi..Sarawak memang terbaik..Flora dan faunanya cukup memukau..Best best!! Semoga kita akan bertemu lagi sarawak!
KEEMPAT: Saya rindu Kuantan..Tempat tumpahnya darah saya di sana..Saya juga rindu dengan kawan-kawan di sana..Paling utama keluarga saya..Sentiasa dihati:)

Dan sebenarnya..Insan yang PALING DIRINDUI saat dan tika ini adalah kekasih hati saya Mohd Ashraf Mustaqim..Rindunya dengan u..Sejak kebelakangan saya asyik je cakap dekat housemate saya saira.."Saira, aku rindu dekat Ashraf la"..Pastu esok cakap lagi.."Saira, aku rasa rindu sangat dekat Ashraf ni"..Huhuu..Kesian Saira asyik nak dengar benda yang sama..Tapi dia sangat memahami apa yang saya rasa..Biasalakan orang dilamun cinta ni..Hehehe..Biarkan rindu ini sentiasa tersemat dihati..Cinta sangat kat u sayang:)



Thursday, August 12, 2010

Tirai Ramadhan Berlabuh Kini..

SALAM RAMADHAN..

SELAMAT BERPUASA
&
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH KEPADA ALLAH SWT..


YANG PASTI:
  • mari mengimarahkan masjid dengan solat sunat tarawih
  • mari membaca Al-Quran
  • mari perbanyakkan zikir kepada Allah swt
  • mari melakukan amalan-amalan yang mulia
INSYAALAH..
SEMOGA HATI SENTIASA TENANG DAN
MENDAPAT HIDAYAH SERTA RAHMAT DARI ALLAH SWT..


Saturday, August 7, 2010

Jika Aku Jatuh Cinta

Ya Allah..
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin..
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan Mu..

Ya Allah..
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku
tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMu..

Ya Allah..
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku
pada cinta hakiki
dan rindu abadi
hanya kepadaMu...

Amin...

-petikan: Mohd Kamaruaripin-