Salam sejahtera(=
Baru sekarang saya ada mood dan masa untuk menceritakan perjalanan saya ke Bandung dan Jakarta. Sepanjang saya di sana hati saya sangat gembira dan sentiasa tersenyum riang kerana perjalanan kami (alhamdulillah) sangat smooth dengan melawat pelbagai tempat menarik dan shopping sakan ( tapi masih tak puas)..hehe...
Okey..Saya akan ceritakan perjalanan saya di sana melalui gambar-gambar di bawah. Senang sikit nak gambarkan suasana kat sana kan? hehe..
Hari pertama (13 oktober 2011). Setibanya saya, Saira dan Nadia di airport Bandung, kawannya saira iaitu Ferdi, Mas Dika serta 2 orang lagi teman mereka menjemput kami memandangkan mereka ada urusan di airport Bandung pada hari itu. Sebenarnya mereka bekerja di airport Jakarta sebagai pegawai di bahagian admin. Memandangkan kami sampai di sana malam around 830pm (waktu Msia 930), jadi mereka bawa kami makan malam di restoran puncak bukit (Siera's Restaurant). Suhunya sangat dingin.

Then, kami dihantar ke rumah sahabat yang merupakan pelajar pHD USM dari Universitas Padjajaran, bandung. Beliau merupakan seorang pensyarah di universiti tersebut. Kami menginap di sana memandang adanya isteri dan anak-anak beliau.
Hari kedua (14 oktober 2011, Jumaat). Kami ke gunung berapi (Tangkuban Parahu). Gunung berapi tersebut masih aktif tapi cuma pada tahap pertama.






Hari ketiga (15 oktober 2011, Sabtu). Setelah breakfast bubur ayam di rumah kami terus ke Pasar Baru. Tempat shopping yg paling heaven sekali. Memang shopping sakan sampai pening nak convert matawang setiap kali beli barang. Hahaha. Kat sini jual pelbagai jenis kain pasang, kebaya, telekung, tudung, lace, sourvenir, makeup dan macam-macamlah..Penat tau sebab ada 5 tingkat.




Sebelah malamnya pula kami dinner di Cafe Bali. Makanan kat sini semua best! Menyediakan makanan jenis asia + barat.


Hari keempat (16 oktober 2011, Ahad). Kami berjalan ke Garut pula. Tempatnya sangat jauh dan terletak jauh dipedalaman Bandung. Tetapi saya sangat teruja kerana pemandangan sepanjang jalan sangat cantik dengan bukit bukau yg menghijau dan padi bukit menjadi penghias sepanjang jalan tersebut. Kami juga ada melihat gunung berapi yang pernah meletus pada tahun 2001. Masih terdapat kesan di gunung tersebut kerana tiada pokok yang tumbuh di lereng gunung tersebut.


Okey. Sekarang kami terus ke pusat jualan barangan kulit. Khas di Garut. Sangat murah!

.


Petang tu kami ke Tirtagangga Kolam Air Panas. Asli dari bawah tanah dan berhampiran gunung berapi yang meletus tahun 2001 tersebut.




Okey. Setelah kepenatan kami pulang dan terus pergi beli tiket bas ke Jakarta dan akan ke Jakarta jam 430am waktu Indonesia. Nanti saya akan cerita pengembaraan ke Jakarta pula. Hanya 2 hari di sana. Tapi sangat menyeronokkan:)