BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 24, 2013

NAK CANTIK?? JOM CUBA FER'WHITE UNTUK KULIT CERAH SEMPURNA, GEBU, ANJAL DAN GLOW


APA ITU FER'WHITE???



PRODUK TERHANGAT DI PASARAN BARU 4HARI SUDAH TERJUAL 5000 BOTOL MARILAH BERSAMA SAMA KITA MENJAGA KECANTIIKAN DAN KESIHATAN BERSAMA FER'WHITE



1-l-gluthathionen-bertindak sebagai anti oksida YG dapat mencerahkan warna Kulit,gluthathionen memang umur Dlm hati manusia cuma bezanya tinggi dan rendah shj.juga agen imunisasi dan detoksi.

2-kolagen

Membina sel sel baru,menguatkan ikatan sel Kulit,YG membolehkan Kulit jadi tegang,cerah dan cantik.mengelakan Kulit dari kedut dengan pantas.

3-hyralonic asid

Penting utk sendi,Kulit,mata,gusi,rambut.HApun Sudah ujud sejak penciptaan ADAM didalam DIRI manusia,semakin tua HA Akan semakin Kurang.FUNGSI HA...melembabkan Kulit,Kulit elastic,pembentukan kolegen,meningkat kolegen,menghilangkan garis halus,metabolisma Badan.

4-acaiberry
Anti oksidan,slimming,mampu melawan radical bebas,AWET Muda.
5-l carnitine
Anti oksidan,membaiki sel Badan dgn pantas
6-dextrose andyrous
Anti penuaan
7-acid folic
Ko enzyme Dalam sintesis DNA dan RNA.penting utk pecahan dan sel penyalinan Kulit.
8-malic asid
Menentang jangkitan Kuman dan bakteria dan mikro organisms Dalam FER'WHITE .
10-strawberry
Anti oksidan,merawat Kulit,menegangkan Kulit.,dan kelembapan Kulit.
11-l taurine
Anti oksidan dan membaiki sel sel Badan.
12-apple stem cell
Membantu melambatkan proses penuaan,membaiki sel sel Kulit,Kulit menjadi tegang dgn amalan pengambilannya.
13-ekstrak manggis
Membantu merawat Kulit dan menyembuhkan jerawat,menjadikan Kulit lebih cantik.
14-DSM RDA vit mix
Vit A-Kulit jerawat dan Kulit keping
Vit B-menjaga sistem pengahadaman,serap nutrients,jaga saraf
C-PEMBENTUKAN dan memelihara kolegen
D-membantu menyerap kalsium
E-membantu Kulit kelihatan Muda,membantutkan penuaan akibat radikal bebas.
K-memelihara sel Dalam Badan Supaya kekal sihat.

INFO FER'WHITE

 1-l-gluthathionen-bertindak sebagai anti oksida YG dapat mencerahkan warna Kulit,gluthathionen memang umur Dlm hati manusia cuma bezanya tinggi dan rendah shj.juga agen imunisasi dan detoksi.

 2-kolagen Membina sel sel baru,menguatkan ikatan sel Kulit,YG membolehkan Kulit jadi tegang,cerah dan cantik.mengelakan Kulit dari kedut dengan pantas. 

3-hyralonic asid Penting utk sendi,Kulit,mata,gusi,rambut.HApun Sudah ujud sejak penciptaan ADAM didalam DIRI manusia,semakin tua HA Akan semakin Kurang.FUNGSI HA...melembabkan Kulit,Kulit elastic,pembentukan kolegen,meningkat kolegen,menghilangkan garis halus,metabolisma Badan. 

4-acaiberry Anti oksidan,slimming,mampu melawak radical bebas,AWET Muda. 

5-l carnitine Anti oksidan,membaiki sel Badan dgn pantas 

6-dextrose andyrous Anti penuaan 

7-acid folic Ko enzyme Dalam sintesis DNA dan RNA.penting utk pecahan dan sel penyalinan Kulit. 

8-malic asid Menentang jangkitan Kuman dan bakteria dan mikro organisms Dalam FER'WHITE . 

10-strawberry Anti oksidan,merawat Kulit,menegangkan Kulit.,dan kelembapan Kulit. 

11-l taurine Anti oksidan dan membaiki sel sel Badan. 

12-apple stem cell Membantu melambatkan proses penuaan,membaiki sel sel Kulit,Kulit menjadi tegang dgn amalan pengambilannya. 

13-ekstrak manggis Membantu merawat Kulit dan menyembuhkan jerawat,menjadikan Kulit lebih cantik.
14-DSM RDA vit mix Vit A-Kulit jerawat dan Kulit keping Vit B-menjaga sistem pengahadaman,serap nutrients,jaga saraf C-PEMBENTUKAN dan memelihara kolegen D-membantu menyerap kalsium E-membantu Kulit kelihatan Muda,membantutkan penuaan akibat radikal bebas. K-memelihara sel Dalam Badan Supaya kekal sihat.





Monday, December 24, 2012

Kulit Cantik: PURE MARINE COLLAGEN

Assalamualaikum wbt,

Tahukah kalian, setelah umur kita mencecah 22-25 tahun ke atas, kolagen dalam tubuh kita mulai berkurang. Antara kesan-kesan penyebab kekurangan kolagen dalam tubuh:

 
 
Pasti kalian tidak mahu tanda-tanda sebegini menghantui diri kalian dan kesan ini pasti akan lebih teruk jika kalian tidak ambil langkah mencegah/memperbaikinya.
 
 
Kalian pasti sedang berfikir bagaimana mahu mengatasi masalah-masalah seperti yang terkandung di dalam gambar tersebut. Sekarang ini, petik jari sahaja boleh dapat produk kolagen di mana-mana. Produk kolagen sekarang sangat banyak di pasaran dan harganya ada yang hingga mencecah ratusan ringgit setiap kotak. Hmm...nak cantik tapi banyak pula perlu keluarkan duit setiap bulan sebagai 'mantainance' diri. Selain mahal, adakah kalian yakin dengan produk yang berada di pasaran kerana ianya belum pasti 100% semula jadi. Pasti dimasukkan juga bahan pengawet atau sedikit bahan kimia agar produk bertahan lebih lama. Wallahu'alam. Kalian juga boleh periksa 'ingredients' di kotak tersebut.
 
Tetapi, Allah swt Maha Pencipta. Setiap apa yang dijadikan Nya di atas muka bumi ini sangatlah berguna dan manusia diberikan akal untuk berfikir setiap kejadian ada hikmahnya. Rumpai laut @ PURE MARINE COLLAGEN adalah kolagen mentah yang banyak terdapat di perariran Sabah kerana laut di sana lebih tenang dan sesuai dengan ciri-ciri yang perlu ada untuk rumpai ini tumbuh.


100% asli dan rupanya adalah seperti ini.
 

 
PURE MARINE COLLAGEN dijadikan sebagai projek negara kerana permintaannya yang sangat tinggi oleh negara luar terutama negara Jepun. kebanyakannya ditanam di Semporna Sabah. PURE MARINE COLLAGEN berbeza mengikut gred dan warna. GRED A/AA berwarna gold kekuningan manakala GRED AAA (paling bagus) berwarna violet/dark brown. GRED AAA violet mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding GRED A/AA.
 
Saya memilih GRED AAA untuk dijual di pasaran kerana kesannya sangat cepat ke atas pengguna. Inilah rupa dan warna GRED AAA dengan lebih dekat.

 
Para saintis juga telah membuat kajian ke atas PURE MARINE COLLAGEN ini dan ianya terbukti dengan pelbagai khasiat ke atas manusia.
 
 


ANTARA KHASIAT  PURE MARINE COLLAGEN:

Mencantikkan kulit secara keseluruhan
Kulit menjadi lebih cerah kemerahan, licin, tegang dan anjal
Masalah jerawat hilang
Melembapkan kulit dan kelihatan glow
Menghilangkan garis-garis halus di muka
Memulihara sel-sel kulit mati
Melambatkan proses penuaan
Menegangkan payudara
Melangsingkan badan dan badan lebih fit
Mempercepatkan penyembuhan luka
Mencegah dan merawat thyroid
Membantu menurunkan kolesterol
Merawat gastrik
Membantu menurunkan tekanan darah tinggi
Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
Memberi tenaga serta menguatkan sistem tubuh
Meningkatkan sel rawan dan otot (mengurangkan sakit lutut)
Membantu merawat penyakit gout
Mencegah kanser
Merawat anemia
Menyerap lebihan garam dalam badan (lumpuh)
Melancarkan sistem metabolisme
Memulihara usus kecil (sembelit)
 
 
Pasti kalian sangat tertarik dengan khasiat-khasiat di atas. Bagaimana untuk mendapatkannya dan berapa harganya??
 
 
HARGA TANPA POSTAGE 1 PAKET RM25!!! DAPATKAN SEKARANG!!
 
1 PAKET BOLEH BERTAHAN SEHINGGA 3-4 MINGGU!!
 
Boleh juga inbox di FB saya https://www.facebook.com/nurulzaadah .
 
 
CARA-CARA PENYEDIAAN ADALAH SEPERTI GAMBAR DI BAWAH:
 
SELAIN MINUM BERSAMA JUS BUAH/SUNQUICK SETIAP PAGI DAN MALAM, BOLEH JUGA DIJADIKAN MASKER DAN KULIT PASTI LEBIH TEGANG DAN ANJAL!

MINUM PAGI SEBELUM SARAPAN & MALAM SEBELUM TIDUR. AMBIL 3 SUDU KOLAGEN.

MASKER BOLEH DIGUNAKAN 2/3 KALI SEMINGGU. AMBIL 1 SUDU, SAPU, URUT DAN BIARKAN SELAMA 20/30 MINIT DAN CUCI.
 
 
SILA HUBUNGI: 017-5258283 | 016-9258854
 
EJEN JUGA DIPERLUKAN DAN BOLEH DAPATKAN DENGAN HARGA BORONG YANG SANGAT RENDAH.
 

 
 
 
 



Saturday, March 24, 2012

Badan sihat Kulit cantik Wajah ceria





Comel tak gambar kat atas tu? Hihi..Perasan. Lama sangat tak update blog. Tetiba pagi ni (1:19 am, 24.03.12) datang mood untuk update entry yang bertajuk sekian di atas. Macam best dan tertarik je tajuk tu kalau bagi kaum hawa kan. Al-maklumlah wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan.

Pada saya, kecantikan luaran tu sangat berkait rapat dengan dalaman kita. Contoh memiliki tubuh badan yang sihat. Pada pengalaman saya, apabila badan tidak sihat, selalu rasa lemah, penat dan tidak bermaya dan sekaligus kulit muka saya juga tidak bermaya. Sampai kawan-kawan juga menegur tentang perubahan itu. Saya mula memikirkan sesuatu bahawa saya perlu melawan dan bersemangat untuk jadikan badan saya cergas semula. Al-maklumlah sekarang Master saya sudah masuk fasa writing thesis. Hormon juga jadi tidak stabil.

Pertama, saya kurang memikirkan masalah disekeliling saya tetapi bukan bermakna saya tidak alert cuma tidak mahu membebani otak dari sentiasa memikirkan masalah. Harus sentiasa berfikir positif.

Kedua, saya luangkan sedikit masa dalam sehari untuk senaman ringkas. Kadang-kadang buat waktu pagi, kadang2 petang dan kadang2 sebelum tidur. Senaman akan buat badan kita rasa ringan dan melancarkan pengaliran darah. Sembahyang 5 waktu juga secara tidak langsung dikira sebagai senaman yang bagus sekali. Terutama waktu sujud. Sujudlah lebih lama kerana time tu darah akan mengalir ke seluruh otak termasuk bahagian yang tidak dapat dialirkan dalam keadaan biasa tubuh.

Ketiga, minum air kosong banyak seeloknya 8 gelas sehari walaupun saya belum capai 8 gelas tersebut. Hehe. Berusaha. Jaga pemakanan dan perbanyakkan makanan berunsur vitamin dan serat. Contoh sayur dan buah-buahan. Serta kawal pengambilan lemak. Sebab, apabila nutrient dalam badan mencukupi dan seimbang, jadi kuranglah toksin yang terkumpul dalam badan mahupun kulit. Jika pakai produk skin care pasti lebih berkesan terutamanya untuk kulit wajah kita .

Keempat, luangkan masa sehari untuk membuatkan anda boleh tertawa. Contoh membaca cerita2 kelakar atau menonton aksi lawak sehingga anda tidak kering gusi. Ketawa dapat mengurangkan stress dan menstabilkan tekanan darah kita. Ketawa memang terapi yang sangat baik. Lagi seronok jika berkongsi ketawa dengan pasangan yang kita cintai:)

Kelima, tidur mencukupi. Tidurlah dalam keadaan yang selesa iaitu katil yang bersih, suasan bilik yang tenteram serta bauan yang menyenangkan. Pasangkan sedikit aroma pewangi sebelum anda tidur. Tidur yang nyenyak akan membuatkan badan anda terasa segar di pagi harinya.

Saya rasa cukup setakat tu untuk saya kongsikan kepada kaum hawa diluar sana. Haa..yang terakhir saya akan kongsikan produk skin care yang saya gunakan buat masa ini.

Saya menggunakan set Bio essence with ATP. Sangat berkesan.:)



Saya menggunakan whitening body lotion Bioglo dari COSWAY. Memang best;)
Produk paling bagus dan berkesan untuk kulit yang ada parut iaitu Bio Oil:)

 


Yang akhir sekali, paling penting. Sebab yg atas tadi tu semua luaran. Kita nak dari dalam lagi mesti cantik dan terpancar hingga ke luar. Virgin Coconut Oil (VCO). Buat badan lebih sihat dan kulit bertambah cantik dan glowing :)



Wednesday, February 8, 2012

TEASER: my engagement day

::AHAD::
::12 RABIULAWAL 1433::
::5 FEBRUARI 2012::







Thursday, December 15, 2011

PREMIUM BEAUTIFUL: part 1

Semua wanita diluar sana pasti mengidamkan tubuh badan yang langsing dan mempersonakan. Tetapi cuba anda melihat diri anda ke dalam cermin. Cukup langsingkah diri anda sekarang?? Menarikkah shape badan anda sekarang?? Ada gaya super model tak??

Wanita bermula 22-25 tahun ke atas akan mengalami penurunan metabolisma. So jangan hairanlah kalau berat badan anda bertambah, spare tyre anda bertambah dan susah pula nak turun kembali. TETAPI JANGAN RISAU DAN KHUATIR. Saya ada cara yang MUDAH dan SENANG untuk jadikan anda seorang super model. Mari dengar pengalaman saya. Ikhlas dari hati nurani saya yang memang mengambil berat tentang kecantikan luar dan dalam.

Sejak dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah saya seorang yang aktif bersukan. Semua jenis sukan saya minat. Especially netball dan hoki. So tidak hairanlah badan saya dulu macam papan bergerak. Hahaha. Tak cantikkan kalau macam papan. Habis sahaja SPM saya menyertai plkn. Makan banyak dan 6x sehari tu. Memang boleh gemuklah. Tapi badan saya memang fit time tu. Al-maklumlah setiap pagi dan berlari berapa kilometer, pumping, rempuh halangan dan pelbagai lagi aktiviti mencabar. Macam mane badan tak fit. Perut sikit pun tak naik. Saya suka:)

Masuk matrik pula (18-19 tahun). Stay tingkat empat. Pergi kelas jalan kaki. Setiap hari entah berapa kali turun naik tangga. Then saya aktif main tenis dan kadang-kadang berbasikal. Badan mentenlah nampaknya. Skip ke alam university(19-22 tahun). Saya aktif main futsal. Kadang-kadang jogging keliling tasik. Badan menten fit lagi. Sampai saya pelik kenapa orang lain senang naik perut dan siap ada spare tyre lagi. Saya masih menten.

Umur 23 tahun saya sambung master, USM Penang. Dekat Penang ni kan syurga makanan. Semua jenis makanan ada. Pantang kawan ajak makan pasti ON je. Lepas tu everyday naik kereta. Memanglah tak exercise langsung. Kadar metabolisma menurun pula tu. Makan lebih sikit perut tu mulalah dah mengada-ngada nak tonjolkan diri. Arghh memang tensionlah.

Lepastu mulalah nak pergi jogging. Tu pun kadang-kadang je. Penat je lebih. Selalu jalan je sekitar USM. Perut tak slim pun. Haishh memang mengeluh jela dalam hati. Lepastu pergi gym plak. Aduh jelesnya tengok ada orang yang perut tough gila. Sibuklah saya workout sana sini. Siap tanya trainer gym lagi macam mane nk perut tough cepat dan hilangkan perut yang mula menonjol ni. Hahaha. Trainer tu cakap kena selalu sit up lah. Tapi bukan boleh terus ada 6 pax (konon je). Semua makan masa tambah-tambah pula metabolima dah menurun memang susah. So kena selalu exercise untuk naikkan kadar metabolisma. Aduh leceh jugakan. Bukan kata nak 6 pax, nak leperkan tummy ni pun makan masa.

Semua orang tengok saya dah cukup slim. Memanglah (ecececeh) TETAPI perut ni tak gaya supermodel lah..Hahahaha! Berangan sungguh! Siap ada orang cakap semua perempuan pun ada perut lah. Tapi..dulu saya tak ada pun. Dulu pun saya perempuan jugak. Mana ade tukar jantina pun. Huuhuhu..Saya nak body supermodel. Semua ni untuk bakal suami saya juga. Kan sayang kan (Mohd Ashraf Mustaqim). Hehehe. Nasibla badan dia tough juga cuma tang perut tu kena kempis sikit ye yang. Hehehe..Bahagiakan:)

Sampai suatu hari saya selalu tengok blog kawan baik saya dari kecik mase hingusan tu lagi (dia je ok..haha jangan marah ye pul). Nama dia Said Saiful Fazli (boleh klik kalau nk view blog dia) atau senang panggil Sepul@Epul@Said. Haish banyak pula nama glamour dia. Dia adalah agen terbaik male yang menjual korset PREMIUM BEAUTIFUL. Walaupun dia kawan baik saya tetapi selalu jugaklah curi-curi tengok resepi dan testimoni jadi kurus kat blog dia tu. Sampai dalam hati kata "Eh betul ke orang tu dulu ibu jari dan dalam beberapa bulan dah jadi jari kelingking plak"..Hmm..Boleh caya ke ni. Tapi semua pun cakap dan tunjuk perubahan yang sama.

Ting Ting!! Baru saya teringat kakak sayakan ada korset tu. Apa lagi balik cuti raya haji haritu terus saya tanya kakak saya. Dia kata tak pakailah sebab tak muat. Baru lepas bersalin ni al-maklumlah (padahal berat xsampai 60 pun lepas bersalin). Kena tunggu susut sikit baru boleh pakai. Saya pun tanpa segan silu minta nak pinjam. Hehehe..Sangatlah excited!

Jeng Jeng Jeng!!! Anda semua pasti terkejut saya pakai seminggu lebih je terus badan saya shaping cantik. Pinggang ni dah ada curve yang menawan tau. Dan sekarang berat saya pun turun dari 51 ke 49 lebih. Hahahaha! Saya sangat seronok tak terkata. Memang betullah macam mane orang dari ibu jari boleh jadi jari kelingking. Memang superb. Itu pun saya tak pakai hari-hari. Berat mentenlah 49. Memang dh ideal. Perut saya memanglah dah takde menonjol macam dulu (tanpa korset tau). Lepas tu pergi gym memang senanglah nak bagi tough. Sampai sakit habis bahagian perut ni. Tu tandanya otot-otot nak terbentuk (konon) dengan senang. Tapi tunggulah. Hehehe.

Walaupun perut masih dalam proses nak tough, tapi saya memang sangat puas hati sebab perut tak menonjol macam dulu lagi. Bukan senang cek oii kalau dah start naik perut ni. Seksa nak turun balik. Tapi dengan PREMIUM BEAUTIFUL SEMUA PUN JADI MUDAH!! Bersyukur sangat. Kalau dah kahwin lagilah nak jaga badan. Jangan tanam dalam diri tu bahawa dah kahwin biasalah naik badan. Perempuan kan melahirkan anak. Lelaki mesti faham dan sayang. JANGAN CEK OII...Kat rumah memanglah sayang dan tengok anda seorang je. Tetapi kat luar tu kalau perempuan slim lalu depan mata pasti teruja jugaklah. Lainlah kalau bini kat umah dah slim dan menawan pasti dalam hati dia kata "eleh slim dan cantik lagi bini aku". Anda pun pasti tersenyum girang. Soo mulai sekarang ni ubahlah sesuatu terhadap diri anda. Anda pasti boleh!! InsyaAllah..

Okey. Saya rasa pengalaman saya ni cukup membuatkan anda teruja nak slim dan menawan. Saya sangat menyokong padu kepada wanita diluar sana yang mahu kelihatan seperti itu. Sayangi diri anda supaya anda lebih trampil yakin dan tersenyum girang:) Babay..

Wednesday, December 14, 2011

Vacation Part 2: JAKARTA

Maaflah lama betul saya ambil masa untuk update entry part 2 ni. Sekarang baru ada mood dan masa luang. Hehehe. Kalau mood tak datang memang susah nak menulis. Samalah macam nak writing thesis. Jangan ikut ye cara yang tak berkesan ini. Tapi bila dah ada mood rasa macam tak nak berhenti plak. Hehehe;)


Di sini tak banyak yang saya nak ceritakan. Saya stay Jakarta selama 2 hari. Dekat Jakarta saya pergi DUFAN (Dunia Fantasy) atau lebih kurang macam Unversal Studio. Seharian saya, Saira dan Nadia menghabiskan masa di sana. Tak lupa Ferdi teman Saira dari Jakarta yang membawa kami malah belanja kami sepanjang di Jakarta. Masyuk! Hehehe..Di Indonesia ni kalau dah kaya memang kaya betul. Tapi kalau miskin memang kesianlah tengok diorang merempat di tepi jalan.

Selain tu kami pergi ke Pantai Ancol. Kami juga pergi melawat menara MONAS (monumen nasional). MONAS ni macam mercu tanda Jakarta. Di puncak menara tersebut bersalut emas tulen tau. Kami tak sempat nak naik atas pun sebab dah tutup time tu. So tgk dari bawah je. Selain tu kami banyak ronda-ronda bandar Jakarta dan makan. Kami juga masuk ke kantor airport Jakarta memandangkan Ferdi bekerja disitu.

Kat bawah ni saya masukkan beberapa gambar sepanjang di jakarta:)


DUFAN








PANTAI ANCOL





MONAS
NASI BAKAR DI ANCOS RESTAURANT

ATAS BANGUNAN KANTOR AIRPORT

Okey memang tak puas rasanya kalau dapat melancong ke negara orang walaupun hanya jiran. InsyaAllah jika ada rezeki lepas ni saya melancong bersama suami plak akan datang. Hehehe..Amin:)

Monday, November 21, 2011

Vacation part 1: BANDUNG

Salam sejahtera(=


Baru sekarang saya ada mood dan masa untuk menceritakan perjalanan saya ke Bandung dan Jakarta. Sepanjang saya di sana hati saya sangat gembira dan sentiasa tersenyum riang kerana perjalanan kami (alhamdulillah) sangat smooth dengan melawat pelbagai tempat menarik dan shopping sakan ( tapi masih tak puas)..hehe...

Okey..Saya akan ceritakan perjalanan saya di sana melalui gambar-gambar di bawah. Senang sikit nak gambarkan suasana kat sana kan? hehe..

Hari pertama (13 oktober 2011). Setibanya saya, Saira dan Nadia di airport Bandung, kawannya saira iaitu Ferdi, Mas Dika serta 2 orang lagi teman mereka menjemput kami memandangkan mereka ada urusan di airport Bandung pada hari itu. Sebenarnya mereka bekerja di airport Jakarta sebagai pegawai di bahagian admin. Memandangkan kami sampai di sana malam around 830pm (waktu Msia 930), jadi mereka bawa kami makan malam di restoran puncak bukit (Siera's Restaurant). Suhunya sangat dingin.


Saya telah memilih menu Nasi Bali dan hot chocolate. Nasi Bali sangat sedap dan menyelerakan seperti gambar di atas(;

Then, kami dihantar ke rumah sahabat yang merupakan pelajar pHD USM dari Universitas Padjajaran, bandung. Beliau merupakan seorang pensyarah di universiti tersebut. Kami menginap di sana memandang adanya isteri dan anak-anak beliau.


Inilah rumah beliau(;

Hari kedua (14 oktober 2011, Jumaat). Kami ke gunung berapi (Tangkuban Parahu). Gunung berapi tersebut masih aktif tapi cuma pada tahap pertama.

Kat belakang kami tu adalah kawah gunung berapi tersebut dan masih berasap-asap.


Then, semasa turun dari gunung berapi tersebut kami singgah bergambar di ladang teh. Terdapat banyak juga kebun strawberry disepanjang kawasan tersebut. Bandung ni sejuk ala-ala Cameron Highland.

Kami ke factory outlets pula di area Jalan Dago. Barang2 memang murah. Kat area sini banyaklah jual barangan branded dan jeans. Sebelum ke sini kami dah lunch di kaki bukit gunung berapi tadi.



Ini Rumah Mode (sebutan mo-de). Tempat shopping ni memang sangat famous dan rata-rata rakyat Msia lah yang datang kat sini.

Heritage pun sama. Banyak jual barangan branded. T-shirt, blaus, jeans dan macam-macam lagi ada kat sini.


Akhir sekali kami pun isi perut dengan makan bakso. Seriously bakso ni sangat-sangat sedap!! Yang menariknya gerainya tepi jalan dan pelanggan yg datang makan dalam kereta. Termasuklah kami. Hehehe..


Hari ketiga (15 oktober 2011, Sabtu). Setelah breakfast bubur ayam di rumah kami terus ke Pasar Baru. Tempat shopping yg paling heaven sekali. Memang shopping sakan sampai pening nak convert matawang setiap kali beli barang. Hahaha. Kat sini jual pelbagai jenis kain pasang, kebaya, telekung, tudung, lace, sourvenir, makeup dan macam-macamlah..Penat tau sebab ada 5 tingkat.

Muka kepenatan..

Okey. setelah penat kami lunch di foodcourt tingkat atas sekali. Saya memilih pecel ayam dan teh (free). Kat Indonesia kalau kita makan boleh dapat teh panas free tau. Memang best!

Nyum2!

Setelah kenyang buat checklist dan update atucara. hahaha. Muka tekun;p

Sebelum pulang, kami sempat singgah bergambar di Universitas Padjajaran Bandung.

Sebelah malamnya pula kami dinner di Cafe Bali. Makanan kat sini semua best! Menyediakan makanan jenis asia + barat.

Ok. Walaupun hari pertama dah makan tapi masih nak cuba lagi. Nasi Campur Bali. Menunya lain sedikit. Memang menjilat jari + jus strawberry.

Sempat berpossing dengan anak Pak Mokhtar.

Hari keempat (16 oktober 2011, Ahad). Kami berjalan ke Garut pula. Tempatnya sangat jauh dan terletak jauh dipedalaman Bandung. Tetapi saya sangat teruja kerana pemandangan sepanjang jalan sangat cantik dengan bukit bukau yg menghijau dan padi bukit menjadi penghias sepanjang jalan tersebut. Kami juga ada melihat gunung berapi yang pernah meletus pada tahun 2001. Masih terdapat kesan di gunung tersebut kerana tiada pokok yang tumbuh di lereng gunung tersebut.


Ini padi biasa ditanam dikawasan tanah pamah.


Kemudian kami singgah di Mulih Desa. Tempat menginap yang sangat cantik dengan suasana kampung. Nyaman sungguh. Kami singgah minum petang.

Hehe..possing dulu;)

Okey. Sekarang kami terus ke pusat jualan barangan kulit. Khas di Garut. Sangat murah!

Kat kawasan Garut ni memang pengangkutan awam yang utama adalah kereta kuda selain ojet (motor)
.
Jom pekena rujak asinan. Best tau!

Nyum nyum!


Pastu pekana Es Goyobod plak. Macam ala-ala ABC kalau kat Malaysia. Tapi Es goyobod ni special sebab ais nya di parut dan dicampur buah-buahan segar sperti strawberi + avacado.

Petang tu kami ke Tirtagangga Kolam Air Panas. Asli dari bawah tanah dan berhampiran gunung berapi yang meletus tahun 2001 tersebut.





Sangat panas. Suhu dia adalah kot dalam 50 darjah celcius. Saya tak mandi just rendam kaki je.


Okey. Setelah kepenatan kami pulang dan terus pergi beli tiket bas ke Jakarta dan akan ke Jakarta jam 430am waktu Indonesia. Nanti saya akan cerita pengembaraan ke Jakarta pula. Hanya 2 hari di sana. Tapi sangat menyeronokkan:)