BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 15, 2011

PREMIUM BEAUTIFUL: part 1

Semua wanita diluar sana pasti mengidamkan tubuh badan yang langsing dan mempersonakan. Tetapi cuba anda melihat diri anda ke dalam cermin. Cukup langsingkah diri anda sekarang?? Menarikkah shape badan anda sekarang?? Ada gaya super model tak??

Wanita bermula 22-25 tahun ke atas akan mengalami penurunan metabolisma. So jangan hairanlah kalau berat badan anda bertambah, spare tyre anda bertambah dan susah pula nak turun kembali. TETAPI JANGAN RISAU DAN KHUATIR. Saya ada cara yang MUDAH dan SENANG untuk jadikan anda seorang super model. Mari dengar pengalaman saya. Ikhlas dari hati nurani saya yang memang mengambil berat tentang kecantikan luar dan dalam.

Sejak dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah saya seorang yang aktif bersukan. Semua jenis sukan saya minat. Especially netball dan hoki. So tidak hairanlah badan saya dulu macam papan bergerak. Hahaha. Tak cantikkan kalau macam papan. Habis sahaja SPM saya menyertai plkn. Makan banyak dan 6x sehari tu. Memang boleh gemuklah. Tapi badan saya memang fit time tu. Al-maklumlah setiap pagi dan berlari berapa kilometer, pumping, rempuh halangan dan pelbagai lagi aktiviti mencabar. Macam mane badan tak fit. Perut sikit pun tak naik. Saya suka:)

Masuk matrik pula (18-19 tahun). Stay tingkat empat. Pergi kelas jalan kaki. Setiap hari entah berapa kali turun naik tangga. Then saya aktif main tenis dan kadang-kadang berbasikal. Badan mentenlah nampaknya. Skip ke alam university(19-22 tahun). Saya aktif main futsal. Kadang-kadang jogging keliling tasik. Badan menten fit lagi. Sampai saya pelik kenapa orang lain senang naik perut dan siap ada spare tyre lagi. Saya masih menten.

Umur 23 tahun saya sambung master, USM Penang. Dekat Penang ni kan syurga makanan. Semua jenis makanan ada. Pantang kawan ajak makan pasti ON je. Lepas tu everyday naik kereta. Memanglah tak exercise langsung. Kadar metabolisma menurun pula tu. Makan lebih sikit perut tu mulalah dah mengada-ngada nak tonjolkan diri. Arghh memang tensionlah.

Lepastu mulalah nak pergi jogging. Tu pun kadang-kadang je. Penat je lebih. Selalu jalan je sekitar USM. Perut tak slim pun. Haishh memang mengeluh jela dalam hati. Lepastu pergi gym plak. Aduh jelesnya tengok ada orang yang perut tough gila. Sibuklah saya workout sana sini. Siap tanya trainer gym lagi macam mane nk perut tough cepat dan hilangkan perut yang mula menonjol ni. Hahaha. Trainer tu cakap kena selalu sit up lah. Tapi bukan boleh terus ada 6 pax (konon je). Semua makan masa tambah-tambah pula metabolima dah menurun memang susah. So kena selalu exercise untuk naikkan kadar metabolisma. Aduh leceh jugakan. Bukan kata nak 6 pax, nak leperkan tummy ni pun makan masa.

Semua orang tengok saya dah cukup slim. Memanglah (ecececeh) TETAPI perut ni tak gaya supermodel lah..Hahahaha! Berangan sungguh! Siap ada orang cakap semua perempuan pun ada perut lah. Tapi..dulu saya tak ada pun. Dulu pun saya perempuan jugak. Mana ade tukar jantina pun. Huuhuhu..Saya nak body supermodel. Semua ni untuk bakal suami saya juga. Kan sayang kan (Mohd Ashraf Mustaqim). Hehehe. Nasibla badan dia tough juga cuma tang perut tu kena kempis sikit ye yang. Hehehe..Bahagiakan:)

Sampai suatu hari saya selalu tengok blog kawan baik saya dari kecik mase hingusan tu lagi (dia je ok..haha jangan marah ye pul). Nama dia Said Saiful Fazli (boleh klik kalau nk view blog dia) atau senang panggil Sepul@Epul@Said. Haish banyak pula nama glamour dia. Dia adalah agen terbaik male yang menjual korset PREMIUM BEAUTIFUL. Walaupun dia kawan baik saya tetapi selalu jugaklah curi-curi tengok resepi dan testimoni jadi kurus kat blog dia tu. Sampai dalam hati kata "Eh betul ke orang tu dulu ibu jari dan dalam beberapa bulan dah jadi jari kelingking plak"..Hmm..Boleh caya ke ni. Tapi semua pun cakap dan tunjuk perubahan yang sama.

Ting Ting!! Baru saya teringat kakak sayakan ada korset tu. Apa lagi balik cuti raya haji haritu terus saya tanya kakak saya. Dia kata tak pakailah sebab tak muat. Baru lepas bersalin ni al-maklumlah (padahal berat xsampai 60 pun lepas bersalin). Kena tunggu susut sikit baru boleh pakai. Saya pun tanpa segan silu minta nak pinjam. Hehehe..Sangatlah excited!

Jeng Jeng Jeng!!! Anda semua pasti terkejut saya pakai seminggu lebih je terus badan saya shaping cantik. Pinggang ni dah ada curve yang menawan tau. Dan sekarang berat saya pun turun dari 51 ke 49 lebih. Hahahaha! Saya sangat seronok tak terkata. Memang betullah macam mane orang dari ibu jari boleh jadi jari kelingking. Memang superb. Itu pun saya tak pakai hari-hari. Berat mentenlah 49. Memang dh ideal. Perut saya memanglah dah takde menonjol macam dulu (tanpa korset tau). Lepas tu pergi gym memang senanglah nak bagi tough. Sampai sakit habis bahagian perut ni. Tu tandanya otot-otot nak terbentuk (konon) dengan senang. Tapi tunggulah. Hehehe.

Walaupun perut masih dalam proses nak tough, tapi saya memang sangat puas hati sebab perut tak menonjol macam dulu lagi. Bukan senang cek oii kalau dah start naik perut ni. Seksa nak turun balik. Tapi dengan PREMIUM BEAUTIFUL SEMUA PUN JADI MUDAH!! Bersyukur sangat. Kalau dah kahwin lagilah nak jaga badan. Jangan tanam dalam diri tu bahawa dah kahwin biasalah naik badan. Perempuan kan melahirkan anak. Lelaki mesti faham dan sayang. JANGAN CEK OII...Kat rumah memanglah sayang dan tengok anda seorang je. Tetapi kat luar tu kalau perempuan slim lalu depan mata pasti teruja jugaklah. Lainlah kalau bini kat umah dah slim dan menawan pasti dalam hati dia kata "eleh slim dan cantik lagi bini aku". Anda pun pasti tersenyum girang. Soo mulai sekarang ni ubahlah sesuatu terhadap diri anda. Anda pasti boleh!! InsyaAllah..

Okey. Saya rasa pengalaman saya ni cukup membuatkan anda teruja nak slim dan menawan. Saya sangat menyokong padu kepada wanita diluar sana yang mahu kelihatan seperti itu. Sayangi diri anda supaya anda lebih trampil yakin dan tersenyum girang:) Babay..

Wednesday, December 14, 2011

Vacation Part 2: JAKARTA

Maaflah lama betul saya ambil masa untuk update entry part 2 ni. Sekarang baru ada mood dan masa luang. Hehehe. Kalau mood tak datang memang susah nak menulis. Samalah macam nak writing thesis. Jangan ikut ye cara yang tak berkesan ini. Tapi bila dah ada mood rasa macam tak nak berhenti plak. Hehehe;)


Di sini tak banyak yang saya nak ceritakan. Saya stay Jakarta selama 2 hari. Dekat Jakarta saya pergi DUFAN (Dunia Fantasy) atau lebih kurang macam Unversal Studio. Seharian saya, Saira dan Nadia menghabiskan masa di sana. Tak lupa Ferdi teman Saira dari Jakarta yang membawa kami malah belanja kami sepanjang di Jakarta. Masyuk! Hehehe..Di Indonesia ni kalau dah kaya memang kaya betul. Tapi kalau miskin memang kesianlah tengok diorang merempat di tepi jalan.

Selain tu kami pergi ke Pantai Ancol. Kami juga pergi melawat menara MONAS (monumen nasional). MONAS ni macam mercu tanda Jakarta. Di puncak menara tersebut bersalut emas tulen tau. Kami tak sempat nak naik atas pun sebab dah tutup time tu. So tgk dari bawah je. Selain tu kami banyak ronda-ronda bandar Jakarta dan makan. Kami juga masuk ke kantor airport Jakarta memandangkan Ferdi bekerja disitu.

Kat bawah ni saya masukkan beberapa gambar sepanjang di jakarta:)


DUFAN








PANTAI ANCOL





MONAS
NASI BAKAR DI ANCOS RESTAURANT

ATAS BANGUNAN KANTOR AIRPORT

Okey memang tak puas rasanya kalau dapat melancong ke negara orang walaupun hanya jiran. InsyaAllah jika ada rezeki lepas ni saya melancong bersama suami plak akan datang. Hehehe..Amin:)