BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 25, 2010

UBAT PENENANG JIWA

1. Ingatlah Allah dan dekati diri anda kepadaNya..Ingatlah, Allah menjadikan kita supaya kita sentiasa bersyukur dan dekatkan diri kita kepadaNya serta menunaikan segala perintahNya..Kerana segala yang baik atau tidak itu adalah ketentuan dariNya..

2. Banyakkan membaca Al-Quran..Al-Quran merupakan Kalam Allah..Percayalah..Ini apa yang saya lalui..Bila hati anda tidak tenteram tetapi anda tidak tahu apakah puncanya..Berwudhuk dan bacalah Al-Quran dalam keadaan yang tenang..InsyaAllah..Selepas itu anda akan rasa perasaan anda tenang setenangnya seperti air di kali..Dan anda mampu untuk tersenyum semula..

3. Banyakkan berzikir..Berzikirlah dengan penuh penghayatan supaya segala kekusutan itu hanya diganti dengan ketenangan..

4. Berkomunikasilah dengan ibu anda..Ibulah insan pertama yang hadir dalam sanubari kita dari kecil hinggalah dewasa..Ibulah tempat luahan segala..Ibulah yang terbaik bagi kita..Kata-kata ibu itu ibarat satu ubat penenang yang menusuk di jiwa kita..Secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibi dengan anak tanpa batasan..

5. Berkongsilah masalah dengan orang yang paling anda rapat dan yang anda percayai..Sudah pasti suami/isteri/kekasih anda yang pastinya menjadi tempat penenang jiwa..Jadikan mareka sahabat dan pendengar yang terbaik..Ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan dan mendekatkan hati anda kepada mereka..Bagi kekasih, mulai sekaranglah perlu belajar untuk berkongsi, berbincang dan menyelesaikan masalah bersama supaya kehidupan berumah-tangga pada akan datangnya akan menjadi lebih harmoni dan bahagia..

6. Sentiasalah ingat akan perkara-perkara yang membahagiakan anda yang mampu untuk membuat anda tersenyum..Mungkin kenangan-kenangan indah pada waktu dahulu..Cara ini secara tidak langsung dapat menghilang tekanan yang anda hadapi..Hati anda akan mulai lapang dan kembali bijak memikirkan cara penyelesaian segala masalah yang menimpa dengan mudah..

7. Membaca buku-buku yang minati..Anda dapat melarikan fikiran anda dari masalah yang menimpa dengan memberi fokus kepada pembacaan anda..Buku yang ingin saya sarankan adalah LA TAHZAN..Buku tersebut merupakan motivasi terbaik kepada anda dan penenang jiwa..Ini apa yang telah saya lalui..InsyaAllah..


~THE END~

0 comments: