BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 14, 2010

jadilah wanita dan bukan perempuan

Assalamualaikum kepada pembaca yang sudi meluangkan masa membaca entri ini walaupun macam menarik untuk dikongsi tetapi menarikkah? hehe..Mari kita selami lebih mendalam lagi entri ini..

Adakah anda perasan atau nampak perbezaan antara perkataan WANITA dan PEREMPUAN??
Walaupun secara rawak maksudnya nampak sama tetapi banyak maksud tersiratnya di sebalik dua perkataan ini..
WANITA...lebih halus dan sopan bunyinya kan..PEREMPUAN..agak kasar bila digunakan..Jadi, pilihlah perkataan wanita untuk digelarkan pada diri anda dan bukannya perempuan..

Macam mana nak jadi seorang wanita? Seperti kita tahu, sebagai seorang yang bergelar wanita haruslah menjaga setiap tingkah lakunya, peribadinya, maruahnya, tutur bicaranya dan tindakannya dalam apa jua keadaan..Tetapi ada juga masalah orang cakap nak jadi hipokritlah tu..Kat luar punyalah lemah gemalai tetapi belakang orang dialah paling ganas..Hmm..Kita tak bolehlah nak 'judge' orang macam tu kan? Sekurang-kurang dia ada usaha untuk menjadi yang terbaik untuk dirinya..
Kepada wanita-wanita yang belum berkahwin..Ingatlah..Kita perlu berusaha dari sekarang bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang diredhai Allah dan yang disayangi dan dihormati si suami..Jangan terlalu ego dan meninggi diri..Belajar untuk rendahkan diri tetapi mesti bijak supaya tidak dipermainkan dan dipergunakan oleh kaum lelaki. Hmm..Lelaki pun mestilah belajar macam mana nak hargai kaum wanita kerana wanitalah yang bersusah-payah mengandungkan, melahirkan, menyusukan dan menjaga kita sehingga kita besar..Dan akan lalui benda yang sama untuk anak-anak kalian semua..

Okey..rasanya cukuplah nak membebel pada kali ini..Saya juga sentiasa menasihatkan dan mengingatkan diri saya untuk menjadi seorang WANITA yang solehah dan hidup diredhai Allah..



i love u all..

0 comments: