BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 27, 2010

Alahai Lelaki Yang Suka Melihat Perempuan Cantik

Sudah menjadi lumrah bahawa lelaki sangat tertarik kepada perkara atau benda yang indah-indah dan menarik untuk dipandang..Benda yang selalu lumrah dalam hidup mereka adalah melihat perempuan cantik..Ada juga yang tertarik dengan perempuan seksi..Aduhai kaum Adam yang seperti ini..Sedarkah? Sekali yang dilihat itu mungkin menjadi rezeki pandangan tetapi jika diturutkan nafsu penglihatan itu sudah menjadi DOSA..Sudah terang-terang perempuan itu dengan dosanya (nauzubillah) jangan pula ditambah untuk dosa sendiri wahai kaum Adam..Jadi, pernahkah berkira dalam hidup itu berapa banyak dosa yang terkumpul tanpa anda sedari..

Paling dasyat ada sesetangah lelaki tidak akan juga terlepas pandangannya untuk melihat dan menoleh kepalanya untuk melihat perempuan cantik WALAUPUN kekasih hatinya berada disisinya..Kesianlah kepada kaum Hawa yang sangat menjaga pandangannya serta menjaga kesetiaannya terhadap si lelaki tersebut..Cubalah untuk menjaga hati kekasih anda dan jangan dibiarkan si dia memakan hati dengan sikap anda..Paling utama berISTIGHFARlah lah jika terlintas perempuan cantik atau yang seksi di hadapan atau di tepi anda supaya kukuh iman di dada..Jika anda sudah menjadi habit begitu, cuba untuk berfikir sejenak, apakah perasaan anda jika kekasih anda juga begitu dengan suka melihat lelaki 'handsome'?? Jika anda tidak ingin ditakdirkan sekufu begitu ubahlah sikap anda supaya anda ditakdirkan dengan wanita yang bijak menjaga dirinya seperti anda bijak menjaga diri anda..Percayalah, ALLAH MAHA ADIL..


Wahai WANITA..Anda di anugerahkan keindahan dalam setiap inci fizikal anda..Bersyukurlah wahai kaum hawa..Tetapi ingat, anugerah itu bukan untuk disalah-gunakan..Bukan sebagai aset untuk menggoda kaum Adam..Cukuplah sekadar disimpan kepada siapa pemilik sah nya iaitu suaminya..Perempuan juga dianugerahkan dengan sikap lemah-lembut tetapi janganlah digunakan sebagai senjata untuk menggoda kaum Adam lagi..Runtuh imannya jika tidak dikawal..Jadilah WANITA yang baik agar anda akan dijodohkan dengan LELAKI yang baik..Jodoh itu di tangan Tuhan..Peliharalah sebaik mungkin demi kebahagiaan pada masa hadapan..

Salam...

0 comments: