BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, April 18, 2009

KETULUSAN DOA DARI HATI NURANI KU

Ya ALLAH..
Hamba Mu bersyukur kerana hamba ditetapkan sehingga berjaya di tahap ini..Semakin tinggi tahap ini semakin kudus dan hina hamba di sisi Mu..


Ya ALLAH..
Ampunkanla segala dosa2 dan segala kesilapan yang hamba lakukan sepanjang hidup hamba ini..
Dan Kau ampunkanlah setiap dosa ibubapa hamba dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani hamba sejak hamba dilahirkan di atas muka bumi nan indah ini..Ampunkan juga dosa adik-beradik hamba, guru-guru/pensyarah2, kawan-kawan dan seluruh umat islam yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..


Ya ALLAH..
Hamba tahu bahawa hidup di dunia ini tidak selalunya indah..
Kau uji hamba-hamba Mu dengan pelbagai ujian dan dugaan supaya mereka tabah untuk menempuhnya dan akan kembali untuk mengingati dan merujuk kepada Mu..
Hamba terima setiap dugaan yang Kau berikan walaupun sungguh pahit untuk hamba redah dan lalui setiap dugaan itu..


Ya ALLAH..
Hamba hanya berserah dan bertawakal kepada Mu..
Hamba berharap ada sinar kebahagiaan dalam hidup hamba untuk satu hari nanti..
Hamba yang lemah ini hanya mampu berdoa kepada Mu..
Seikhlas hati hamba, hamba tidak membenci kepada sesiapa yang membuat kesalahan atau yang telah membuat hati hamba terluka..
Hamba memaafkan setiap insan di muka bumi ini dengan seikhlas hati hamba..
Malah hamba mendoakan kebahagiaan untuk mereka..


Ya ALLAH..
Kau permudahkanlah perjalanan hidup hamba ini..
Tunjukkanlah hamba kepada jalan yang lurus..
Dapatlah hamba membalas jasa emak, abah dan keluarga hamba pada suatu hari nanti..

Amin...

0 comments: